Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nyawa Sudah Melayang, Bila Isu Jalan Berlubang Nak Selesai?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ini bukan kali pertama penunggang motosikal meninggal dunia gara-gara jalan berlubang tetapi kemalangan ini sudah berulang kali berlaku namun masih belum ada penyelesaian.

Jika anda masih ingat, kes seorang  lelaki yang baru enam hari mendirikan rumah tangga maut akibat kemalangan.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai motosikal ditunggang terjatuh selepas terlanggar lubang jalan di Jalan Temerloh-Jerantut dekat Kampung Lubuk Kawah di Temerloh, Pahang pada Februari lalu.

Kematian mangsa ketika pulang dari bekerja itu bukan sahaja menyedihkan ahli keluarganya, malah isterinya juga bertukar status dalam sekelip mata.

Terbaharu, seorang penunggang motosikal turut maut selepas terlanggar lubang menyebabkan mangsa digilis sebuah treler di Batu 5, Jalan Meru Klang, pada minggu lepas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie, mangsa dipercayai telah melanggar lubang lalu tercampak ke atas jalan.

image.png

“Mangsa kemudian digilis sebuah lori. Keadaan itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan badan,” katanya.

Susulan itu,  ahli keluarga mangsa dikatakan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berwajib.

Selain kes di Selangor, sudah banyak kali akhbar tempatan melaporkan kejadian seumpama itu yang berpunca akibat jalan berlubang.

image.png

Malangnya, isu ini seolah-olah dipandang sepi oleh pihak yang terlibat.

Nampaknya, kaedah pemantauan perlu diperhebatkan termasuk menggunakan teknologi terkini seperti dron dan setiap aduan harus diambil tindakan segera dengan menampal atau membaiki jalan yang berlubang dan rosak.

Apa pula pandangan anda?

Gallery

Tag:

kemalangan maut
Royal Malaysian Police (PDRM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto

Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang

Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.

19-08-2026
Berita Auto

Kemalangan Maut Di Sedenak

Aliran trafik di lokasi kejadian lumpuh.

23-06-2026
Berita Auto

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto

Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.

08-06-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026