- Berita
- EV
- Pengecas DCFC 60kW ChargeSini Kini Di Regina Mall, Port Dickson
-full.webp)
Syarikat yang menawarkan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, ChargeSini, baru-baru ini telah melancarkan fasiliti pengecas baharu di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kemudahan ini ditempatkan di lokasi yang mudah untuk diakses iaitu di tingkat bawah pusat beli-belah Regina Mall kira-kira 800 meter dari PD Waterfront.
Kemudahan pengecas EV yang disediakan di Regina Mall terdiri daripada satu unit pengecas pantas DC Sangitech 60 kW dengan dua sambungan kabel pengecas CCS2 untuk membolehkan pengecasani dua EV secara serentak pada kadar 30 kW.
-full.webp)
Petak parkir khas untuk pengecasan kenderaan elektrik (EVCB) juga dilengkapi dengan penghalang parkir automatik yang turun apabila pengguna mengaktifkan sesi pengecasan mereka melalui aplikasi mudah alih ChargeSini.
Caj yang dikenakan melalui aplikasi ChargeSini adalah berdasarkan kadar penggunaan kWh. Kadar tersebut berbeza mengikut lokasi, untuk Regina Mall, caj yang dikenakan ialah RM1.19/kWh.
Semua sesi pengecasan menggunakan ChargeSini akan dikenakan caj tempahan minimum RM5 dan pemandu diberi tempoh kelonggaran 15 minit untuk mengeluarkan kenderaan mereka apabila sesi pengecasan tamat. Pengguna yang gagal mengeluarkan kenderaan mereka akan dikenakan bayaran terbiar atau idle sebanyak RM1 untuk setiap 5 minit.
-full.webp)
Sehingga kini, ChargeSini telah menyediakan 139 stesen pengecas EV, dengan jumlah plug sebanyak 444 yang mana 81 daripadanya adalah jenis DCFC.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
