- Berita
- EV
- Perodua Bakal Keluarkan EV Sendiri?

Kereta konsep Perodua EMO.
Selepas Proton mendedahkan bahawanya pihaknya sedan giat mengemaskini teknologi kenderaan elektriknya, nampaknya, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) juga tidak mahu ketinggalan dalam segmen EV.
Ini kerana Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad sudah meletakkan sasaran 20 peratus jualan EV dan hibrid daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030 nanti.
Untuk itu, beliau berpendapat bahawa angka jualan itu boleh dicapai 'jika semua pemain industri boleh bekerjasama.
"Kami bekerjasama dengan kerajaan dan rakan kongsi yang lain. Kami juga telah dilantik dalam pelan perindustrian baharu untuk menerajui pembangunan EV di Malaysia.

Ini dia reka bentuk EV Perodua.
“Kita perlu menghasilkan produk baharu. Kita belum memuktamadkan masa pengeluarannya, tetapi sasaran yang diberikan oleh kerajaan, 20 peratus menjelang 2025 atau 2030, akan menjadi kenyataan jika semua pihak memberi kerjasama,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum kerjasama (MoC) di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur, semalam.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/