Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Stellantis Masuk Kedah, Sudah Labur RM2 Bilion

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Stellantis yang merupakan salah satu pengeluar kereta terbesar dunia dengan 14 jenama ikonik seperti Peugeot, Citroën, Ram, Maserati, Alfa Romeo dan Jeep  sedang menilai potensi kilang di Gurun sebagai hab pembuatan serantau.

Stellantis berkata, pihaknya kilang di Gurun dijangka mengeluarkan kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) untuk pasaran domestik dan eksport di ASEAN.

"'Kilang terbabit kini mengeluarkan model utama Peugeot termasuk 2008, 3008 dan 5008 yang diedarkan ke pasaran di rantau ini termasuk Malaysia, Filipina, Thailand dan Kemboja," katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Stellantis juga berhasrat untuk mewujudkan penyelesaian mobiliti baharu selain menerajui peralihan kepada elektrifikasi di ASEAN.

Bercakap mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Operasi dan Pengedar Am Stellantis bagi ASEAN, Daniel Gonzalez berkata pelan pertumbuhan dan pengembangan ASEAN Stellantis adalah  seiring dengan komitmen syarikat untuk mencapai  karbon sifar bersih menjelang 2038.

Daniel-Gonzalez,-COO,-ASEAN-&-General-Distributors,-Stellantis.jpg

“Sebahagian besar rancangan ASEAN, kami tertumpu pada inovasi yang membabitkan peralihan kepada elektrifikasi dan teknologi. Ini akan meletakkan Stellantis di barisan hadapan dalam era baharu penyelesaian mobiliti. 

“Potensi EV sangat besar di ASEAN dan kami mahu menerajui pengembangan elektrifikasi di rantau ini dan menghasilkan EV di ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan.

Stellantis menyasarkan untuk mewujudkan platform STLA Medium ke Rantau ASEAN yang telah diperkenalkan secara global pada Jun 2023. 

STLA Medium ialah platform global BEV-by-design dengan ciri-ciri canggih termasuk menawarkan jarak perjalanan 700 kilometer terbaik dalam kelasnya, kecekapan tenaga, kuasa terbaik, dan kuasa pengecasan.

Selaras dengan komitmen Stellantis terhadap kelestarian jangka panjang dan sasaran untuk mencapai strategi Dare Forward 2030, pembuat kereta itu melabur lebih RM2 bilion (€400 juta) untuk memperkenalkan platform STLA Medium. 

Platform itu membolehkan Stellantis menghasilkan kenderaan pelbagai tenaga (BEV, ICE, MHEV) di ASEAN untuk ASEAN yang mampu mewujudkan peluang penyumberan untuk pembekal dan pengilang tempatan melebihi RM5 bilion (€990 juta) dalam tempoh empat tahun akan datang.

Melalui pelaburan ini, Stellantis komited untuk menerajui peralihan kepada elektrifikasi dalam pasaran ASEAN yang mana dapat membuka banyak peluang baharu menjangkaui aspek pembuatan. 

Malah, Stellantis juga telah bekerjasama dengan kerajaan Indonesia dan pihak berkepentingan lain di negara terbabit termasuk perjanjian dengan rakan niaga di Indonesia, Indomobil Group,  bagi memulakan aspek pemasangan tempatan kenderaan elektrik Citroën pada 2024. 

Pada 2021, Stellantis memperoleh 100% kepentingan pemilikan kilang di Gurun, Kedah dan menubuhkan Ibu Pejabat Wilayah India serta Asia Pasifiknya di Kuala Lumpur, iaitu sebagai sebahagian daripada pelan hala tujunya “Built in ASEAN for ASEAN”.




Gallery

Tag:

Stellantis Gurun Plant
Stellantis STLA MEdium Platform
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026