- Berita
- Berita Auto
- Terowong TRX Kurangkan Kesesakan

Ada berita baik buat warga kota yang terpaksa sangkut kesesakan berjam-jam hanya untuk ke tempat kerja.
Malah tidak kurang juga yang terpaksa keluar rumah seawal 5 pagi semata-mata mahu mengelak kesesakan di ibu kota.
Namun anda kini boleh menarik nafas lega kerana terowong kenderaan bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) akan dibuka pada Rabu depan.
Pembukaan terowong TRX sepanjang lima kilometer mulai 29 Nov ini dijangka mengurangkan trafik masuk ke pusat bandar sebanyak 30 peratus
Lebih menarik terowong itu menghubungkan 12 lebuh raya utama.
Berikut sebahagian senarai laluan yang dihubungkan:
• Jalan Tun Razak
• Jalan Sultan Ismail
• Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
• Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART)
• Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expessway (SPE)
Susulan itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turun padang bagi meninjau sendiri persediaan infrastruktur terowong berkenaan.


"Bagi projek nasional sebesar ini di lokasi bandar utama, TRX menjalankan banyak perancangan strategik untuk memudahkan akses bagi pengguna pengangkutan awam dan persendirian. Pembangunan di sini akan memberikan suntikan untuk merancakkan ekonomi setempat.
“Laluan itu juga boleh mengurangkan trafik masuk ke bandar kira-kira 30 peratus," katanya.
Untuk makluman anda, terowong bawah tanah TRX juga mempunyai akses langsung kepada Jalan Tun Razak serta Lebuhraya SMART membentuk satu sistem pusingan yang akan memudahkan kenderaan untuk keluar dan masuk daripada bangunan ini.
Kenderaan yang menuju ke TRX, tidak akan menambahkan jumlah trafik sedia ada di jalan sekitarnya.
Kenderaan yang masuk ke TRX melalui terowong pusingan ini akan terus ke tempat letak kenderaan, di bangunan yang terletak di dalam TRX.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/