Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Diskaun LRT 25%, Bas Perantara Percuma Untuk Acara ‘Setahun Bersama Kerajaan Madani'

Sofea Najmi

Kongsi melalui

madani-lrt.jpeg

Diskaun LRT dan bas perantara percuma khas untuk pengunjung Stadium Nasional Bukit Jalil bagi acara Setahun Bersama Kerajaan Madani 

Orang ramai yang bercadang untuk mengunjungi Stadium Nasional Bukit Jalil bagi acara Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berlangsung bermula hari ini hingga Ahad, 8 hingga 10 Disember, dinasihatkan untuk menggunakan LRT. 

Sebagai insentif kepada penumpang LRT, diskaun sebanyak 25% ditawarkan untuk perjalanan ke dan dari stesen LRT Bukit Jalil. Diskaun ini terpakai untuk pengguna kad Touch n Go dan token, namun tidak termasuk pemegang pas lawatan dan kad konsesi.

lrt-bukit-jalil.jpeg

Selain itu, untuk kemudahan pengunjung, perkhidmatan bas percuma turut disediakan untuk mengangkut penumpang ke dan dari stesen LRT. Bas-bas ini akan menuju ke tempat letak kereta bertingkat di Taman Mranti, pintu masuk pelawat Astro, Pavilion Bukit Jalil, dan Endah Parade di Sri Petaling. 

topi-keledar-1.jpeg

Ayuh meriahkan acara yang berlangsung dari 8-10 Disember ini. 3,000 pengunjung terawal boleh mendapatkan topi keledar percuma


Waktu operasi bas adalah dari jam 7 pagi hingga 6 petang pada hari ini, 7 pagi hingga 11.30 malam pada Sabtu, dan 7 pagi hingga 8 malam pada hari Ahad. Sepuluh buah bas telah disediakan untuk tujuan ini.

Prasarana mengingatkan orang ramai untuk mematuhi etika ketika menggunakan tren dan bas awam. Ia termasuk larangan makan dan minum di dalam tren dan bas. Selain itu, pengguna Touch n Go digalakkan untuk memastikan kad mereka mempunyai sekurang-kurangnya kredit RM10 untuk memastikan perjalanan yang lancar tanpa sebarang masalah.


Tag:

Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani
Stadium Nasional Bukit Jalil
Prasarana
LRT Bukit Jalil
Diskaun Pengangkutan Awam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

3,000 Topi Keledar PERCUMA Untuk Pengunjung Acara 'Setahun Bersama Kerajaan Madani'

Sejumlah 3,000 unit topi keledar baharu akan diberikan secara percuma kepada 3,000 pengunjung pertama.

08-12-2023
Berita Auto

Kes Curi Kabel Melonjak Hampir 70%, Prasarana Rayu Orang Ramai Turut Bantu

Hanya dalam tempoh tiga tahun, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) perlu menanggung kerugian mencecah RM20.6 juta gara-gara aktiviti curi kabel yang semakin ‘rancak’ sejak kebelakangan ini.

19-12-2025
Berita Auto

Operasi LRT3 Shah Alam Ditangguhkan Hingga Hujung Oktober

Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam berkemungkinan tidak dapat memulakan perkhidmatan seperti dijadualkan pada 30 September 2025.

04-08-2025
Berita Auto

Tahun Baharu 2025: Rapid KL Lanjutkan Masa Operasi Rel & Bas

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan lanjutan operasi perkhidmatan rel Rapid KL sehingga jam 3 pagi,

30-12-2024
Berita Auto

Pas MyTourist Dilancarkan, Dari RM20 Untuk Perjalanan Rel & Bas Tanpa Had

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL memperkenalkan Pas MyTourist, satu inisiatif yang memberi kemudahan perjalanan tanpa had kepada pelancong.

11-11-2024
Berita Auto

Elak Insiden Pokok Tumbang Berulang, Prasarana Digesa Kaji Laluan Rel Berisiko

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) digesa untuk menjalankan kajian mendalam mengenai kawasan-kawasan yang berisiko.

10-05-2024
Berita Auto

LRT KL Sentral Kini “LRT KL Sentral- redONE” – Satu Strategi Pemasaran?

Prasarana dan redONE telah mengumumkan kerjasama yang membabitkan penjenamaan semula Stesen KL Sentral.

30-05-2023
EV

Tahniah Rapid KL! Bakal Tambahkan 100 Bas Elektrik, 300 Bas Rapid KL

Rapid KL akan menambahkan sekurang-kurang 100 bas mini elektrik tetapi bukan sekarang sebaliknya dua tahun lagi.

13-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026