Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hati-Hati Keluar Duit!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang pemandu kereta jenis Mercedez-Benz berdepan detik mencemaskan apabila dia disamun di tengah-tengah kesesakan lalu lintas di di Jalan Persiaran Pegaga, Klang, Selangor, semalam.

Satu klip video yang sudah tular berhubung kejadian itu menunjukkan dua lelaki yang berpakaian hitam bertindak memecahkan cermin kenderaan terbabit dengan menggunakan kayu besbol.

Kedua-dua suspek memaksa mangsa menyerahkan beg komputer riba sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Toyota Yaris berwarna kelabu.

Kejadian itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas mangsa mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Meru, Klang, pada jam 2 petang.

“Suspek terbabit yang bersenjatakan kayu besbol memecahkan cermin pintu belah penumpang hadapan manakala seorang lagi bersenjatakan parang pula memecahkan cermin pintu bahagian pemandu.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan patah tulang jari ketiga tangan kiri dan luka calar sebelah lengan kanan, selain kerugian RM6,000 akibat kehilangan komputer riba serta kerosakan kedua-dua cermin pintu keretanya," katanya

Polis kini sedang memburu kedua-dua suspek.


Gallery

Tag:

Royal Malaysian Police (PDRM)
Mercedes Benz
samun
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Wanita Maut Dilanggar Pemandu Positif Dadah

Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh pemandu lalok dadah

18-11-2024
Berita Auto

Polis Pun Guna Honda!

PDRM cawangan MPV Kajang mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima lima buah Honda Civic FE, baru-baru ini.

13-02-2024
Berita Auto

OP Lancar Bermula Khamis Ini

Hati-hati anda dipantau dari atas.

06-02-2024
Berita Auto

AWAS Kaum Lelaki, Jangan Suka Hati Kencing Di Tempat Awam

Hati-hati buat mereka yang suka kencing di merata tempat/

21-11-2023
Berita Auto

Nyawa Sudah Melayang, Bila Isu Jalan Berlubang Nak Selesai?

Penunggang motosikal maut selepas terlanggar jalan berlubang.

20-11-2023
Berita Auto

Ibu Bapa Patut Kena Hukum, Biarkan Anak Memandu

MOT akan menkaji semula akta sedia ada.

16-11-2023
Berita Auto

Ramai Masih Keliru

Nampaknya, orang ramai masih keliru dengan cukai jalan dan lesen memandu digital.

08-11-2023
Berita Auto

Tular! Pemandu Lori Sampah Kena Pukul

Suspek kini diburu polis.

30-10-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026