Link Copiedcheck_circle
EV

Laju Syarikat China Buat Kereta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Di sebalik kegilaan crossover SUV di seluruh dunia, nampaknya kereta  saloon semakin berkembang maju dalam pasaran automotif China, memandangkan  negara Tembok Besar itu mengalu-alukan kedatangan satu lagi kereta saloon EV  yang cukup menawan, Jiyue 07.

Sedikit tentang Jiyue, ia ditubuhkan pada tahun 2021 sebagai Jidu Auto.

Jiyue sebahagian besarnya dimiliki oleh Geely, yang pada masa ini memegang kira-kira 65% pegangan, manakala baki pegangan semuanya dimiliki oleh Baidu.

image.pngimage.png

Jadi,  sebahagian besar pengeluaran dan pemasangan Jiyue dikendalikan oleh Geely , manakala gergasi teknologi itu bertanggungjawab ke atas perisian ketersambungan dan persediaan ADAS kereta itu.

Berbalik kepada Jiyue 07, saloon EV ini merupakan model kedua yang pernah dilancarkan oleh jenama baharu itu, berikutan penampilan pertama SUV Jiyue 01 pada awal tahun ini. 

image.png

Berdasarkan konsep Jidu Robo-02, 07 menyokong platform SEA dimana ia juga dikongsi oleh  Zeekr, smart dan  Volvo.

Menjengah bahagian luarannya, Jiyue 07 mempunyai muka depan yang cukup menawan selain  menampilkan lengkungan roda berotot, garis bumbung yang sporty dan tali pinggang yang rendah. 

Sementara itu, lampu depannya jenis LED hadir dengan reka bentuk berbentuk Y ala Polestar dan direntangi dengan bar lampu nipis.

image.pngimage.png

Dari sisi, pintu berkuasa Jiyue 07 boleh dibuka melalui butang tersembunyi pada tiang B dan C dan bukannya pemegang pintu konvensional. 

Selain itu, ia didatangkan dengan  bumbung kaca panoramik yang ramping dengan  roda lima bilah .

Dengan reka bentuk yang sporty maka, tidak hairanlah Jiyue 07 berjaya memenangi kedua-dua Anugerah  iF Design Award 2023 dan 2023 Red Dot Design Award.

Difahamkan, ia tiba dalam dua varian dimana  model asas Jiyue 07 mendapat persediaan motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan kuasa pada 200 kW (268 hp), serta disumbat dengan pek bateri LFP 71.4-kWj.

Sementara itu, model AWD yang  berspesifikasi tinggi mempunyai jumlah keluaran sistem yang lebih bertenaga sebanyak 400 kW (536 hp) dan menerima  bateri NMC 100-kWj yang lebih besar.

Malangnya, pihak syarikat   masih belum mendedahkan kedua-dua angka prestasi dan jarak tempuh untuk Jiyue 07.

image.png

Apa yang diketahui setakat ini ialah ia akan tiba pada pertengahan tahun depan dan Jiyue 07 ini dikatakan mampu menewaskan dsalun EV bersaiz sederhana seperti Xiaomi SU7, Tesla Model 3 dan banyak lagi.

Buat masa ini, Geely dan Baidu masih belum mendedahkan harganya lagi.

Gallery

Tag:

Jiyue 07
Jiyue 07 EV Saloon
Baidu
#geely
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

27-12-2023
EV

27-12-2023
Global

13-12-2024
EV

27-12-2023
EV

29-10-2023
Teknologi

16-08-2023
Global

10-08-2022

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026