- Berita
- EV
- PLUS & Gentari Meterai MoU Perkasa Ekosistem EV, 100 Pengecas Pantas Menjelang 2025
PLUS & Gentari Meterai MoU Perkasa Ekosistem EV, 100 Pengecas Pantas Menjelang 2025
-full_normal.webp)
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Gentari, dengan fokus utama pada tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga, selaras dengan pendekatan proaktif kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan peralihan tenaga bersih negara, memajukan industri hijau dan mencapai matlamat kelestarian.
PLUS dan Gentari akan bekerjasama untuk melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk penerokaan dan pembangunan penyelesaian dan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.
-full_normal.webp)
Bagi membantu pembangunan EV negara, antara usaha yang akan dilakukan adalah pemasangan infrastruktur pengecas pantas arus terus (DCFC) sepanjang lebuh raya yang dikendalikan oleh PLUS, pembangunan ‘ruang’ elektrik dengan peruncitan mobiliti dan tawaran F&B, pelaksanaan penyelesaian mobiliti rendah karbon dan hibrogen serta pelaksanaan tenaga boleh diperbaharui melalui tenaga solar.
-full.webp)
PLUS kini mengendalikan rangkaian lebuh raya terbesar di Malaysia, merentasi lebih daripada 1,130 kilometer. Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina, PLUS juga sedang bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk menghasilkan Pelan Infrastruktur Pengecasan EV, dengan sasaran untuk menyediakan sejumlah 100 stesen pengecasan EV DCFC sepanjang lebuh raya menjelang 2025.
-full.webp)
Kerjasama PLUS dan Gentari dilihat sebagai komitmen bersama untuk mempercepat penerimaan EV di Malaysia dan memudahkan peralihan ke arah neutral karbon menjelang tahun 2050.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv