Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

POE, Tingkatkan Prestasi Pusat Servis PROTON

Suhana Veru

Kongsi melalui

Service-consultant-attends-to-customer's-enquiries.jpg

PROTON melancarkan inisiatif Kecemerlangan Operasi PROTON (POE) untuk meningkatkan prestasi pusat perkhidmatan PROTON di seluruh negara.

Untuk itu, lawatan media telah dianjurkan untuk memperkenalkan inisiatif tersebut idi salah satu pengedar rasmi PROTON, iaitu The Apple Auto Services & Tyres di Bangi. 

Buat masa ini, sebanyak 13 cawangan akan menjadi perintis, manakala inisiatif POE akan disepadukan secara progresif ke semua cawangan 3S dan 4S di seluruh negara.

Pendekatan berperingkat ini menekankan komitmen PROTON terhadap pelaksanaan yang sistematik, memastikan kecemerlangan operasi di setiap titik sentuh pelanggan.

Bercakap mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Roslan Abdullah berkata pihaknya cukup komited  untuk memastikan tahap perkhidmatan premium untuk setiap pelanggan.

Media-tour-to-unveil-PROTON's-initiative-and-effort-to-improve-after-sales-performance.jpg

“Ini semuanya meliputi daripada  langkah pertama mereka ke dalam premis pengedar kami, sehinggalah melalui proses pembelian dan semasa lawatan perkhidmatan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

POE melambangkan inisiatif asas, mencerminkan dedikasi PROTON terhadap kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan selepas jualan. 

Bidang tumpuan termasuk pematuhan kepada proses perkhidmatan berkualiti tinggi, kecekapan juruteknik, integrasi Sistem Pengurusan Pengedar (DMS) yang bakal dilancarkan, dan memupuk kepercayaan terhadap jenama.

Strategi termasuk mendapatkan tarikh servis pilihan dan menyelaraskan proses perkhidmatan dengan keperluan pelanggan, pembangunan juruteknik juga merupakan teras kepada POE, dengan program latihan yang komprehensif memastikan peningkatan kemahiran yang berterusan. 

Customer-waiting-lounge.jpg

Inisiatif ini melengkapkan juruteknik dengan pengetahuan lanjutan, mengekalkan mereka di barisan hadapan dalam teknologi automotif untuk penyelesaian isu yang efisien.

Bagaimanapun, Roslan mengakui bahawa PROTON telah pun mengalami transformasi besar, dengan rasionalisasi rangkaian dan pengembangan gudang alat ganti. 

“Rasionalisasi rangkaian komprehensif kami memastikan liputan optimum sebagai rangkaian 3S/4S terbesar terdiri daripada 155 cawangan, kami berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai dan melebihi jangkaan pelanggan,” tambahnya.


Cozy-cafe-for-customers-to-relax-while-waiting-for-car-service.jpg

Mengenai ketersediaan alat ganti, beliau berkata, peningkatan kapasiti gudang telah mengurangkan masa penghantaran dengan ketara iaitu sekurang-kurangnya 30%, membolehkan pihaknya menyimpan lebih banyak alat ganti, menyelaraskan pemprosesan pesanan, mengendalikan penghantaran ke luar negara, dan mengekalkan stok barangan kritikal yang lebih besar untuk pembaikian kereta pelanggan yang lebih cepat. 

“Ini cara kami untuk mengatakan kami di sini untuk anda, bersedia untuk memastikan anda berada di jalan raya dengan gangguan yang minimum. 

“Kami telah membuka 2 gudang baharu secara strategik di Semenanjung Malaysia dan gudang baharu di Malaysia Timur, Kuching dan tidak lama lagi akan dilancarkan di Kota Kinabalu bagi  memenuhi permintaan dan bekalan alat ganti di wilayah itu,” ujarnya.

Technician-checking-on-customer's-vehivle-(1).jpg


Di sebalik penambahbaikan operasi, PROTON berhasrat untuk mengukuhkan kepercayaan dan keyakinan terhadap jenama dan perkhidmatannya.

Selain itu, PROTON juga mahu memperkasakan rangkaian peniaga, saluran komunikasi terbuka, usaha kolaboratif, sesi bimbingan satu sama satu, dan berkongsi amalan terbaik dalam kalangan pengedar untuk mengukuhkan rangkaian.


Tag:

Proton POE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026