Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[VIDEO] Perodua Myvi & Axia 'Slumber' Redah Banjir, Ini Sebab Kenapa Perodua 'Kalis' Banjir

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-Perodua-Myvi-axia-banjir-123.png

Lazimnya antara bulan Oktober hingga Disember, tibalah musim yang mencabar bagi rakyat Malaysia, musim hujan lebat yang mengakibatkan banjir berlaku di pelbagai lokasi. Dalam kesukaran situasi ini, masih ada berita yang positif dan mencuit hati. Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @yen_os  telah memuat naik sebuah video yang kini tular, berlaku di Terowong U12 Shah Alam. 


Video yang berdurasi 27 saat yang disertai kapsyen, “macam biasa, king buat kepala, adik ikut,” itu menunjukkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Myvi dan Perodua Axia yang meredah air banjir yang tinggi tanpa sebarang masalah:


Kejadian Myvi dan Axia redah banjir di Shah Alam (Sumber: @yen_os via TikTok)


Video kejadian yang dilaporkan berlaku pada Sabtu lepas, 16 Disember itu kini telah ditonton lebih daripada 358,000 kali di TikTok. 


APA YANG MEMBUATKAN KERETA KOMPAK PERODUA MAMPU MEREDAH BANJIR?


Sebenarnya, ini bukanlah kejadian pertama yang tular membabitkan kereta Perodua terutamanya Myvi yang memaparkan kemampuan untuk meredah air yang naik. 


Salah satu kejadian lain yang berjaya dirakamkan telah terjadi di Johor:


Kejadian Myvi redah banjir di Johor (Sumber: @abusigatlily via TikTok)


Video berdurasi 26 saat itu menunjukkan kejadian ‘menakjubkan’ yang berlaku pada bulan Ogos tahun lepas ketika kejadian banjir kilat di Johor. 


Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana sebuah kereta kompak mampu menempuhi banjir tanpa sebarang masalah. Perkara ini dijelaskan oleh sebuah akaun TikTok dengan nama @m3ghub.



Cara untuk menilai kemampuan sesebuah kenderaan untuk melalui banjir (Sumber: @mg3hub via TikTok)

Video tersebut menjelaskan bahawa kereta Perodua Myvi dan Axia memiliki kedudukan  liang ambilan udara atau air intake yang tinggi iaitu di atas enjin. Kedudukan komponen tersebut berbeza dengan kenderaan lain. 


Dalam video sama, pemilik akaun menunjukkan cara untuk menilai tahap kemampuan kereta melalui pengukuran ketinggian liang ambilan udara. Ukuran yang dibuat menunjukkan Perodua Axia mampu merentasi air setinggi 2.5 kaki.


Ini jauh lebih tinggi berbanding kenderaan lain yang mempunyai liang ambilan udara di bahagian hadapan, memudahkan air untuk masuk.


Walaupun  begitu, lebih baik sekiranya pemandu berhenti untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Bagaimanapun jika dalam keadaan kecemasan, tip berkenaan boleh dicuba.

Tag:

Perodua Banjir
Perodua Myvi
Perodua Axia
Video Tular
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Tips

Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun

Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?

08-03-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
Berita Auto

2 Kereta Terbakar Ketika Tunjuk Ekzos Berapi, Mujur Pemandu Tak Mati

Sebuah Perodua Myvi terbakar 90% manakala Toyota Vios terbakar 2% ketika si pemandunya menunjukkan aksi ekzos terbakar dalam satu pameran kereta di Klang.

22-12-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025
Berita Auto

Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang menilai semula strateginya di Indonesia memandangkan negara republik itu sedang membangunkan kereta nasional sendiri.

31-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026