Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

186 Saman Trafik Dibatalkan Untuk Mendidik Pengguna Jalan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

polis-kemaman-batal-saman-1.jpeg


Semakan saman semasa Majlis Ngautim dengan OCPD di Kemaman, Terengganu (Sumber: Sinar Harian)


Sebanyak 186 saman trafik dibatalkan oleh pihak Polis Kemaman dengan tujuan untuk mendidik dan memberi peluang kepada orang ramai agar tidak mengulangi kesalahan trafik yang sama, lapor Sinar Harian


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kesemua saman itu dibatalkan melalui program  'Majlis Ngautim Dengan OCPD, Hala Tuju Masa Depan Dan Kini Ke Arah Kemaman Aman Damai 2024' yang diadakan bagi memperkukuhkan hubungan bersama masyarakat. 


polis-kemaman-batal-saman-2.jpeg


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan


Beberapa kesalahan trafik bagaimanapun tidak dibatalkan seperti “melanggar lampu isyarat merah, tiada lesen memandu, waran dan senarai hitam, status mahkamah, kemalangan, operasi keselamatan, tiada nombor pendaftaran dan tiada insuran perlindungan kenderaan,” jelas Hanyan. 


langgar-lampu-merah.jpeg


Kesalahan langgar lampu merah dan beberapa lagi kesalahan besar lain tidak dimaafkan


Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar, Ketua Balai Polis Air Jernih, Mohd Azmi Hussain serta pemimpin setempat.


Majlis Ngautim Dengan OCPD dijadualkan akan diadakan di Balai Polis Pasir Gajah (22 Januari), Balai Polis Kerteh (25 Januari), Balai Polis Kijal (26 Januari), dan Balai Polis Cukai (27 Januari) pada jam 9 malam.


Komen penulis: Pembatalan saman trafik dengan tujuan untuk ‘mendidik’ kedengaran seperti satu tindakan yang lebih banyak memberi kesan negatif.


polis-kemaman-batal-saman-3.jpeg


Pembatalan saman dengan tujuan untuk mendidik?


Diharapkan, sasaran asal agar pengguna jalan raya lebih berhemah pada masa akan datang melalui pembatan saman trafik, dapat dicapai dan tidak membuatkan mereka yang “telah dimaafkan” berfikir “Kena saman? Tunggu jelah saman dimaafkan lagi nanti.”

Tag:

Saman trafik
Pembatalan Saman
Polis Kemaman
Kesalahan Trafik
Polis Terengganu
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Warga Kota, DBKL Sedang Tawar Saman Trafik

DBKL sedang menawarkan diskaun saman trafik sebanyak RM30 untuk kereta manakala RM10 untuk motosikal.

10-09-2025
Berita Auto

Singapura Paling Banyak Tak Bayar Saman Trafik Sejak 2022!

Pemandu dari Singapura paling culas bayar saman trafik.

04-03-2025
Global

Seorang Wanita Terima Saman Bertubi-Tubi Kerana Dendam

Seorang wanita dari Muzaffarpur, India, terkejut apabila menerima beberapa saman trafik secara berturut-turut.

11-02-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik, Diskaun Saman 50% Kembali Lagi

Ada berita baik bagi yang ada saman tertunggak memandangkan JSPT menawarkan diskaun saman 50%.

04-11-2024
Berita Auto

Diskaun Saman Trafik 50% Sempena Program Madani Zon Sarawak 27-29 Sept, Ini Lokasinya...

Sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Sarawak, PDRM mengumumkan tawaran pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% untuk kesalahan terpilih.

26-09-2024
Berita Auto

967 Saman Dikeluarkan dalam 3 Operasi Trafik Serentak di KL

Sebanyak 967 saman telah dikeluarkan dalam tiga operasi serentak yang dijalankan oleh pihak berkuasa di Kuala Lumpur.

12-08-2024
Berita Auto

Ramai Beratur Walau Panas Terik Demi Diskaun Saman Trafik 50 Peratus Di Cyberjaya

Kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun hingga 50% sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan jadi tumpuan.

21-07-2024
Berita Auto

Diskaun Saman 50% Sempena Program Madani di Penang Hingga 5 Mei Ini

PDRM menawarkan diskaun sehingga 50% untuk saman trafik.

03-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026