Link Copiedcheck_circle
EV

Kona Electric Dah Ada Varian Sporty & Ranggi, N Line

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai-Kona-Electric-NLine-2.jpg


Varian Hyundai Kona Electric generasi kedua menerima sentuhan bergaya dengan pilihan N Line di Eropah


Hyundai telah memperkenalkan Kona Electric versi sporty, N Line, semalam. Dibangunkan berdasarkan model crossover elektrik generasi kedua, Kona Electric N Line tampil dengan beberapa peningkatan kosmetik yang membuatkannya kelihatan jauh lebih ranggi berbanding versi standard


Hyundai-Kona-Electric-NLine-3.jpgHyundai-Kona-Electric-NLine-8.jpgHyundai-Kona-Electric-NLine-9.jpg


Kona Electric ini diberikan kit badan N Line yang sporty, dengan rim aloi bersaiz 19 inci, serta pilihan dua tona dengan bumbung hitam, sama dengan warna hitam berkilat pada perumah cermin sisi. Selain itu, Kona Electric N Line masih mengekalkan sudut hadapan yang unik dengan bar LED yang memanjang, serta tampil agresif dengan garis-garis badan yang tajam.


Hyundai-Kona-Electric-NLine-5.jpgHyundai-Kona-Electric-NLine-6.jpgHyundai-Kona-Electric-NLine-7.jpg


Sentuhan N Line juga  dapat dilihat daripada ruang kabin kereta dengan kelengkapan seperti stereng N Line, pedal logam, tempat duduk sporty dengan jahitan dan aksen merah, serta bumbung kabin yang berwarna hitam. Seterusnya, dari segi teknologi, model ini menggunakan dwi-skrin sama seperti pada model standard. 


Inginkan kelengkapan lebih premium? Terdapat varian Kona Electric N Line S yang hadir dengan ciri tambahan bagi ruang kabin seperti tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan, sistem audio premium Bose, kawalan pendingin hawa dua zon dan banyak lagi. 


Hyundai-Kona-Electric-NLine-4.jpg


Kona Electric N Line tidak diberikan sebarang peningkatan dari segi prestasi


Bagaimanapun, malangnya, Kona Electric N Line tidak diberikan peningkatan prestasi. SUV EV ini masih menggunakan motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan (FWD) pada 215 HP (160 kW), memberikan pecutan sepantas 7.8 saat. Dari segi bateri, Kona Electric N Line dikuasakan oleh pakej bateri 65 kWh, membolehkan EV dipandu sehingga 490 KM dengan sekali cas.


Hyundai Kona Electric N Line baharu kini ditawarkan  di pasaran terpilih di Eropah, pada harga £40,395 (~RM242,535) untuk model N Line standard, manakala model N Line S yang lebih premium berharga lebih tinggi iaitu pada £43,095 (~RM258,746).


Hyundai-Kona-Electric-NLine-1.jpg


Bagi pasaran Malaysia, Kona Electric generasi kedua masih belum dilancarkan secara rasmi. Sekiranya  Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) memutuskan untuk melancarkan model generasi kedua ini di pasaran kita, mungkin model N Line boleh dipertimbangkan untuk turut ditawarkan, memberikan persaingan yang sengit kepada EV lain di dalam pasaran. 

Tag:

Kona Electric
Kona Electric Generasi Kedua
Hyundai Kona Electric N Line
Hyundai Kona Electric N Line S
Kona N Line
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?

Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.

20-04-2026
EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026