Link Copiedcheck_circle
EV

Lynk & Co 07 EM-P, PHEV Ini Boleh Capai 585 HP! Lancar Suku Pertama 2024

Sofea Najmi

19-1-2024

Kongsi melalui

Lynk-Co-07-(1).jpg


Foto intipan rasmi Lynk & Co 07 EM-P


Beberapa foto intipan rasmi, sedan Lynk & Co 07 EM-P, yang sedang diuji dalam cuaca sejuk di Utara China telah didedahkan kepada umum di internet. Model tersebut dijadualkan untuk dilancarkan pada suku pertama tahun ini. 


Secara visual, Lynk & Co 07 EM-P tampil sporty dan futuristik dengan beberapa elemen rekaan yang menyerlah. Dari sudut hadapan, lampu hadapannya kelihatan terbenam dengan bampar hadapan. Selain itu, terdapat komponen ambilan udara yang besar. 


Lynk-Co-07-(4).jpgrender-images-07.jpg


Imej render Lynk & Co 07 EM-P yang dikongsikan oleh Sugar Design. Melalui imej ini, di bahagian belakangnya terserlah elemen futuristik dengan penggunaan lampu yang memanjang, menonjolkan kelebaran badan kereta. 


Dari tepi pula, model ini menggunakan cermin sisi tanpa bingkai (frameless), pemegang pintu jenis terbenam serta rim lima jejari yang sporty. 


Lynk-Co-07-(2).jpg

Lynk-Co-07-(5).jpgLynk-Co-07-(6).jpg


Foto intipan rasmi Lynk & Co 07 EM-P


Model ini dibangunkan berdasarkan platform CMA Evo, yang direka khas untuk kenderaan hibrid plug-in, juga digunakan dalam SUV Lynk & Co 08. Penggunaan platform ini menunjukkan bahawa 07 EM-P mungkin berkongsi pilihan trenkuasa yang sama. 


07 EM-P djangka akan ditawarkan dalam tiga varian dengan output kuasa yang berbeza, yang mana kesemuanya akan menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE) 1.5L 120 kW dengan gabungan motor elektrik dan kapasiti bateri yang berbeza.

 

Tiga varian tersebut adalah versi berkuasa 375 HP dengan satu motor elektrik 160 kW dan bateri 21.2 kWh, varian 375 HP dengan satu motor elektrik 160 kW dan bateri 39.8 kWh dan akhir sekali varian yang tertinggi dengan output kuasa 585 HP yang menggunakan dua motor elektrik (160 kW + 156 kW) yang dikuasakan oleh bateri 39.8 kWh.


Berdasarkan laporan CarNewsChina, Lynk & Co 07 EM-P dijadualkan untuk memasuki fasa pengeluaran pada Februari tahun ini. Lynk & Co, sebagai sebuah syarikat kerjasama antara Geely dan Volvo, telah beroperasi sejak tahun 2016. Syarikat ini memiliki dua kilang pengeluaran di China yang mengeluarkan tujuh model kereta di bawah jenama tersebut. 

Tag:

Lynk & Co
Lynk & Co 07 EM-P
07 EM-P
Foto Intipan
Foto 07 EM-P
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.

16-02-2025
Berita Auto

Lynk & Co Bakal Melebarkan Sayap Ke Negara Malaysia

, Lynk & Co telah mengesahkan bahawa syarikat mereka akan mula bertapak di negara Malaysia.

16-11-2021
EV

Tesla Model 3 Performance Dikesan – Ada Tempat Duduk Sporty

Tesla Model 3 Performance yang telah dikemaskini baru-baru ini dikesan dengan sebahagian badannya ditutup.

21-02-2024
Global

Foto Intipan Proton X70 Facelift – Reka Bentuk Depan Jauh Berbeza!

Proton X70 dikhabarkan akan diberikan pembaharuan besar tahun depan, ini foto intipan kami.

19-12-2023
EV

'Penampakan' EV BYD Dolphin Di Malaysia – Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi?

CariCarz.com telah memperoleh foto EV Dolphin yang tersebar melalui WhatsApp.

02-06-2023
EV

Foto Intipan EV BMW i7 Di Jalan Raya Malaysia Tersebar!

Terdedah imej-imej intipan yang menunjukkan model EV baharu iaitu BMW i7.

06-12-2022

Berita Terkini

EV

PRO-NET, ChargeSini & 3 CPO Lain Bekerjasama - Sedia Pengecas EV Di Kondo & Pangsapuri

Anak syarikat Proton, PRO-NET, mengumumkan kerjasama rasmi dengan empat operator pengecasan (CPO) utama, ChargeSini, Charge+, RExharge dan Charge N Go.

07-05-2025
EV

Pendaftaran Minat Zeekr 7X Dibuka – Kemunculan Rasmi Di Malaysia Autoshow 2025

SUV elektrik terbaru China, Zeekr 7X, bakal membuat kemunculan sulung di Malaysia sempena Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung dari 9 hingga 15 Mei ini.

07-05-2025
EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
EV

Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida.

05-05-2025
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.

05-05-2025
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
EV

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Perodua e.MO-II sedang diuji di DUKE, baru-baru ini.

05-05-2025