Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Betul Beli Toyota, Patutlah Jualan UMWT Melonjak

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) melabuhkan tirai 2023 dengan menjual 108,107 unit Toyota dan Lexus sepanjang tahun lalu.

Angka itu dilihat meningkat  berbanding 101,035 unit pada 2022. Ini bermakna, pencapaian  jualan UMWT tahun lalu, meningkat tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya.

Lebih membanggakan apabila UMWT berjaya menjual 10,402 unit yang membabitkan 10,079 unit Toyota dan 323 unit Lexus pada Disember lepas.

image.pngimage.png

Malah, UMWT turut merekodkan 1,342,130 pelanggan kembali kepada perkhidmatan selepas jualannya tahun lalu, sekali gus mempamerkan komitmen terhadap kepuasan pelanggan dan kecekapan penjagaan automotifnya.

Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata syarikat itu terus berusaha untuk menawarkan pengalaman mobiliti yang diperkaya menerusi jenama Toyota, selain meluaskan akses kepada pemilikan untuk bakal pelanggan.

"Komitmen kami untuk mencapai kecemerlangan dan memupuk inovasi dalam industri automotif kekal tidak berbelah bahagi, memastikan tawaran terbaik untuk pemandu dan pihak berkepentingan kami.

"Terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi sehingga ke akhir tahun," katanya dalam satu kenyataan.

image.pngimage.png

Tambah beliau, UMWT sentiasa mengekalkan standard dan kualiti tertinggi dalam kenderaan kami, ditambah pula dengan mengukuhkan kepuasan pelanggan.

"Sementara kami menantikan 2024, tumpuan kami adalah pada memperkenalkan lebih banyak model, terutamanya dengan penekanan pada teknologi xEV," katanya.


Gallery

Tag:

UMW Toyota Motor
Lexus
Toyota
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi

Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi

Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.

10-07-2026
Kereta Baru
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026  Kini Di Malaysia – RM198,000

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Berita Auto
UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Kereta Baru
Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Berita Auto
Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan

Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan

UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP, yang telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi.

18-04-2025
Berita Auto
Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026