Link Copiedcheck_circle
EV

Toyota bZ4X Akan Dilancarkan Suku Pertama Tahun Ini?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



SUV elektrik, Toyota bZ4X telah dipertontonkan dalam satu acara eksklusif bersama media yang diadakan tahun lalu.  Sumber dalaman kami memaklumkan bahawa SUV ini mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. 


UMW Toyota Motor (UMWT) kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan SUV elektrik, Toyota bZ4X untuk pasaran Malaysia. Toyota pertama kalinya  mempertontonkan model ini dalam satu sesi eksklusif bersama media tahun lalu. Setelah beberapa bulan tiada khabar, mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah rancangan UMWT untuk model ini.


Hari ini, CariCarz.com berpeluang untuk berbual dengan salah seorang sumber dalaman kami yang mendedahkan perkembangan terbaru bagi SUV elektrik ini. Menurutnya, UMWT kini sedang membuat persediaan bagi kemungkinan untuk melancarkan model ini di pasaran Malaysia. Tambahnya lagi, pelancarannya mungkin akan diadakan sekitar suku pertama (Q1) tahun ini, selepas perayaan Tahun Baru Cina. 


Bagaimanapun, sumber kami tidak mendedahkan anggaran harga jualannya sebaik ditawarkan nanti. Tekaan kami, bZ4x mungkin akan dijual pada harga yang kompetitif, tinggi sedikit berbanding pesaing, BYD Atto 3. 



Dari segi reka bentuk, Toyota bZ4x kelihatan tegap dan futuristik dengan sudut-sudut tepi yang menonjol. 


Kenderaan elektrik bateri penuh (BEV) pertama syarikat ini dibangunkan di atas platform EV, Toyota New Global Architecture (e-TNGA) dengan senibina elektrikal yang mampu menampung 400V. 




Model yang dipamerkan tahun lepas, merupakan unit yang dikuasakan oleh bateri lithium-ion 71.4-kWh yang menyalurkan tenaga kepada motor tunggal yang memacu roda hadapan (FWD) menghamburkan kuasa sebanayk 201 HP (150 KW) dan 310 NM. Menurut Toyota, model ini  boleh mencapai jarak maksimum sejauh 500 KM (WLTP) dengan sekali cas. 




Dari segi pengecasan, bZ4X menyokong pengecas AC standard sehingga 6.6 kW dan pengecas pantas DC sehingga 150 kW. Menggunakan DC, bateri boleh mencapai kapasiti 80% daripada 0% dalam masa hanya 30 minit. Sementara itu, pengecas AC yang lebih perlahan pula lebih sesuai untuk pengisian semalaman.



Ruang kabin bZ4X diberikan banyak sentuhan premium, berbeza dengan model keluaran Toyota yang lain. 


Ruang dalam SUV elektrik ini terasa lebih mewah berbanding kereta-kereta keluaran Toyota yang lain. Antara kelengkapan di ruang kabin ialah skrin digital untuk sistem infotainmen dan instrumen kluster. Skrin infotainmen yang digunakan bersaiz 12.3 inci dan boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. 


Ciri lain ialah pad pengecas tanpa wayar, pendingin udara dua zon dengan corong pendingin udara bagi tempat duduk belakang, serta tempat duduk dalam balutan kulit faux. 




Dari segi keselamatan, bZ4X didatangkan dengan pakej keselamatan aktif Toyota Safety Sense (TSS). TSS yang terkini hadir dengan sistem pemanduan separa-autonomi tahap 2 sekaligus membuatkannya membuatkannya berjaya menandingi pesaing yang lain. Ciri keselamatan standard yang boleh dijangkakan adalah seperti kawalan jelajah adaptif (ACC), bantuan kekal lorong (LKA), brek kecemasan autonomi (AEB) dan banyak lagi.




Perincian lain mengenai model ini akan kami kongsikan pada masa akan datang sebaik terdapat perkembangan baru. 


Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok, Facebook dan Instagram untuk berita automotif terkini setiap hari.


Tag:

UMW Toyota Motor (UMWT)
Toyota bZ4X
Pelancaran Toyota bZ4X
Toyota bZ4X Malaysia
EV Toyota
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jualan Kereta Toyota Dari Jan-Nov 2025 Catat 88,133 Unit

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan kereta sebanyak 88,133 unit dalam tempoh 11 bulan ini .

05-12-2025
Berita Auto

Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah

Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.

15-10-2025
Berita Auto

Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.

06-10-2025
Berita Auto

5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah

Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.

09-09-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Berita Auto

Toyota SYI Outrun 2025: 6,500 Peserta Bersatu Kumpul RM200,000 Untuk Kanser

Acara larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025 yang dianjurkan UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pada hujung minggu lalu, 27 Julai di Putrajaya.

31-07-2025
Berita Auto

Jualan Toyota Memberangsangkan, Tawar Promosi Menarik Untuk Pelanggan

UMW Toyota Motor (UMWT) melabuhkan tirai bulan Jun 2025 dengan pencapaian positif apabila berjaya menjual sebanyak 7,773 unit kenderaan.

14-07-2025
Pandu Uji

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025

Berita Terkini

EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026