Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

AWAS! Jangan Keluarkan Kepala Dari Sunroof

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Gara-gara membiarkan dua kanak-kanak mengeluarkan kepala dari bumbung sunroof, pemandu BMW sudah berjaya dikesan.

Kejadian itu dirakam di Jalan Persiaran Putra Perdana, Putra Heights, Subang Jaya.

Ia berikutan aksi kedua-dua kanak-kanak berkenaan mengeluarkan kepala ketika kereta sedang bergerak.

Susulan itu, Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti pemilik kereta BMW berkenaan.

“Semakan mendapati pemilik kereta merupakan warga tempatan dan tinggal di Putra Heights,” 

“Tindakan saman juga akan diambil terhadap pemandu terbabit kerana melanggar lampu isyarat merah,” katanya.

Di sebalik kejadian ini, mungkin ramai tertanya-tanya bolehkah kita mengeluarkan kepala “mengikut” bumbung sunroof?

image.png

Sebenarnya tindakan tersebut mungkin tiada masalah dilakukan di kawasan perumahan atau kawasan tertutup yang tidak sesak dengan kenderaan lain.

Bagaimanapun, tindakan mengeluarkan kepada melalui sunroof boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang terutama ketika berada di atas lebuh raya atau jalan besar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

Ya, memang ramai ibu bapa mahu memberikan pengalaman kepada anak mereka untuk menikmati pemandangan namun jika salah tempat, ini, anda boleh disaman.

Berdasarkan undang-undang Seksyen 336 Kanun Keseksaan, segala perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa manusia, atau keselamatan orang lain boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 3 bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya.

Ingat, kewujudan sunroof pada kereta bukanlah untuk digunakan sebagai viewing deck kereta anda ketika sedang bergerak.

Sebaliknya, sunroof yang bermaksud bumbung tembus cahaya bertujuan untuk membenarkan cahaya, udara atau kedua-keduanya masuk ke dalam kereta.


Gallery

Tag:

car's sunroof
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

26-01-2023
Berita Auto

26-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026