Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dua Remaja Maut Ketakutan Diekori JPJ Dari Belakang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

SIPITANG-JPJ-MAUT-1.jpeg


Gara-gara ingin melarikan diri daripada JPJ, kereta terlibat kemalangan yang mengakibatkan dua remaja maut, tiga lagi cedera dan dua parah. 


Kejadian yang berlaku di Sipitang, Sabah itu terjadi  kerana remaja tersebut memecut laju setelah diekori oleh sebuah kenderaan miliki JPJ Sipitang. 


Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintenden Mail Sundongi berkata, kemalangan tersebut dilaporkan kepada pihaknya pada jam 5.08 petang, semalam. 


KEMALANGAN-SABAH-JPJ-1.png


Setelah disiasat, pihak polis mendapati bahawa Proton Saga yang dinaiki lima mangsa itu dalam perjalanan ke Kampung Sibubu Jalan Sabah Forest Industries (SFI).


Sewaktu kejadian, sebuah kereta ronda JPJ Sipitang telah mengekori mangsa dari belakang dengan ‘beacon light’. Sebaik pemandu Proton Saga tersebut menyedari kehadiran JPJ di belakang, dia memecut kenderaan dengan laju dan sewaktu berada di selekoh menuruni bukit, kenderaan hilang kawalan. 


KEMALANGAN-SABAH-JPJ.png


“Mereka terbabas ke bahu jalan kiri lalu melanggar pokok yang tumbang,” jelasnya.


Mangsa yang meninggal dunia ialah  Mohd Khairul Abdullah, 19, dan penumpang belakang, Norsiah@Bibi Faizal, 14.


"Dua lagi mangsa sebagai penumpang iaitu Amirin Enggu, 8, mengalami pendarahan di bahagian kepala dan kakaknya, Ayudia, 17, mengalami pendarahan bahagian kepala, lelangit tercucuk, rahang gigi patah, tulang pingul kiri dan kanan patah," katanya. 


Sumber: Sinar Harian

Tag:

kemalangan maut
Kemalangan Malaysia
Kemalangan Sabah
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kemalangan Maut Di Sedenak

Aliran trafik di lokasi kejadian lumpuh.

23-06-2026
Berita Auto

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto

Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.

08-06-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Kereta Ditinggal Di Lorong Kecemasan

Kereta tersebut dipercayai mengalami kerosakan sebelum diletakkan dan ditinggalkan di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan.

13-05-2026
Berita Auto

Murid Maut Dilanggar Van

Tragedi di Pintu Pagar Sekolah: Murid Tahun 2 Maut Dilanggar Van.

06-05-2026
Berita Auto

"Ride" Terakhir Berakhir Pilu

Perjalanan ulang alik Azman setiap minggu melebihi 700km dari Sabah ke Sarawak merentasi Brunei bertukar tragedi.

28-04-2026
Berita Auto

Lagi Video Penunggang Motosikal Maut Tular Di Media Sosial

Seorang pelajar tunggu SPM maut selepas rempuh bas.

30-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026