- Berita
- EV
- Nak Galak Rakyat Beli EV, Kerajaan Cadang One-Time-Subsidy

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah mencadangkan ‘One-Time Subsidy’ untuk pemilikan kenderaan elektrik (EV).
Langkah itu dilihat sebagai salah satu cara untuk menarik minat lebih ramai pengguna memiliki kenderaan tersebut pada masa akan datang.
Bagaimanapun, Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata, cadangan mengenai ‘One-Time Subsidy’ itu telah dikemukakan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) sebelum ini.

“Pemberian ‘One-Time Subsidy’ ini dapat menggalakkan rakyat beralih daripada mengguna kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) kepada EV dan seterusnya membantu negara mengurangkan petrol subsidi untuk jangka masa panjang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) mengenai galakan disediakan bagi menarik lebih ramai golongan M40 untuk berkemampuan memiliki EV pada masa akan datang.
.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/