Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SST 8% Mula Esok, Ini Yang Akan Semakin Mahal...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-sst.png


Bermula esok, 1 Mac 2024, kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) baharu akan mula dikuatkuasakan. Kadar tersebut meningkat kepada 8% berbanding 6% sebelum ini. Peningkatan kadar cukai ini dikatakan dapat memberikan kerajaan pendapatan tambahan sebanyak RM3 bilion.


Cukai sebanyak 8% tersebut membabitkan pelbagai jenis perniagaan kecuali perkhidmatan penting yang menjadi keperluan asas rakyat Malaysia. 


Untitled-design---2024-02-29T145705.064.png


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan, “Perkhidmatan yang banyak digunakan oleh rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan parkir kenderaan kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.


“Ini termasuklah perkhidmatan logistik yang akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus. Bagi perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman, SST tidak akan dikenakan,” katanya.


BAGAIMANA DENGAN BIL AIR DAN ELEKTRIK?


Fuse-Boxes.jpg


Bil air akan terus dikecualikan daripada cukai perkhidmatan, manakala bil elektrik untuk penggunaan domestik lebih daripada 600 kWh sebulan akan dikenakan cukai sebanyak 8%. Perkara ini dijangka akan memberi kesan kepada kira-kira 15% pengguna tenaga elektrik.


Pengguna yang menggunakan tenaga elektrik melebihi kapasiti tersebut bukan sahaja terkesan daripada peningkatan kadar SST tetapi juga daripada penghapusan rebat Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak dua sen/kWj awal tahun ini, yang dijangka akan meningkatkan bil bulanan antara  4.2% dan 6%, atau antara RM12 dan RM32.


9914_1700810778-full.jpg


Ini pastinya akan memberi kesan kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) yang mengecas kenderaan di rumah, kerana berpotensi menggunakan tenaga elektrik lebih daripada 600 kWj. 


ADAKAH SST MEMBERI KESAN KEPADA SEKTOR AUTOMOTIF?


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata,  pelaksanaan kadar SST baharu dijangka tidak akan memberi kesan besar kepada industri automotif tetapi terdapat kemungkinan harga kereta akan naik pada masa akan datang sekiranya harga komponen dalam pembuatan kenderaan bertambah. 


"Teorinya ialah harga kereta akan naik dua peratus. Kami mempunyai faktor lain yang terlibat...justeru sukar untuk mengatakan bahawa keuntungan adalah dua peratus. Bagaimanapun, permintaan asas untuk kereta di Malaysia masih kukuh, kita akan lihat kesannya," katanya. 


BYD-TESLA-Sales-(4)-full-(1).jpg


Kadar cukai SST yang baharu juga dijangka akan memberi kesan kepada kos penyelenggaraan kereta memandangkan pembaikan dan penyelenggaraan tidak termasuk dalam kategori yang dikecualikan. Bagaimanapun, hanya caj upah yang dikenakan SST dan bukannya alat ganti. 


BAGAIMANA PULA DENGAN INSURANS KENDERAAN?


Aspek lain yang turut terksan ialah insurans kenderaan. Ini kerana kenaikan cukai SST adalah membabitkan semua insurans dan takaful am perniagaan-ke-pengguna, kecuali insurans dan takaful perubatan.  

Tag:

SST 8%
Kenaikan SST
Kerajaan Malaysia
SST Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
EV Digunakan Dalam Skala Kecil

EV Digunakan Dalam Skala Kecil

Kerajaan akan menggunakan EV bermula tahun ini.

28-02-2024
Berita Auto
Elak Kenaikan Tol, Konsesi Lebuhraya Mungkin Dilanjutkan

Elak Kenaikan Tol, Konsesi Lebuhraya Mungkin Dilanjutkan

Kerajaan sedang mengkaji peluang untuk melanjutkan tempoh konsesi pengendali lebuhraya.

16-05-2023
Berita Auto
Tiada Tambahan Subsidi Bagi RON95, Diesel, Tetapi Ini Strategi Kerajaan Untuk Bantu Rakyat...

Tiada Tambahan Subsidi Bagi RON95, Diesel, Tetapi Ini Strategi Kerajaan Untuk Bantu Rakyat...

Had harga siling semasa minyak petrol RON95 dan diesel bersubsidi kekal di tahap sama buat masa ini.

07-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026