Link Copiedcheck_circle
EV

Ujian & Pembangunan Lotus Emeya EV Kini Berakhir – Sah Boleh Lalu Pelbagai Cuaca Ekstrem

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lotus-Emeya-EV-Testing-8.jpg

Program ujian dan pembangunan Lotus Emeya EV telah selesai


Selepas tiga tahun menjelajah 15 negara dan dua benua, kini proses ujian dan pembangunan Lotus Emeya EV telah berjaya diselesaikan. Sepanjang tempoh tersebut, Emeya EV telah mengharungi pelbagai cuaca ekstrem untuk 'menjelma' sebagai sebuah hyper GT versi elektrik yang sempurna. 


Salah satu lokasi yang menjadi tapak ujian Emeya EV ialah Lingkaran Artik di Ivalo, Finland. Di sini, kemampuan Emeya diuji sewaktu menempuhi laluan bersalji di dalam suhu ekstrem serendah -25 darjah Celcius. 


Lotus-Emeya-EV-Testing-5.jpgLotus-Emeya-EV-Testing-4.jpg

Lotus-Emeya-EV-Testing-14.jpgLotus-Emeya-EV-Testing-11.jpg


Ujian dalam musim sejuk ekstrem membantu Lotus untuk menambahbaik sistem suspensi dan brek Emeya EV.


Cuaca sejuk ekstrem ini bukan sahaja membantu Lotus meningkatkan kualiti sistem suspensi dan brek Emeya EV, tetapi juga membolehkan Lotus membangunkan tayar khas untuk musim sejuk dengan kerjasama Pirelli. Ciri lain yang dipertingkat adalah sistem kawalan traksi dan kestabilan serta fungsi bantuan pemandu. 


Lotus-Emeya-EV-Testing-9.jpgLotus-Emeya-EV-Testing-2.jpg


Selain cuaca sejuk di Lingkaran Artik, Emeya turut melalui pelbagai situasi lain seperti jalan B yang tidak rata di UK, jalan lurus di Autobahn Jerman dan laluan bergunung di Mongolia. Selain itu, Emeya turut diuji di beberapa lokasi ujian terkenal lain iaitu litar Nurburgring Nordschleife dan Nardo. 


“Proses ujian yang dijalankan di Lotus cukup ketat dan merangkumi penilaian prestasi menyeluruh membabitkan segenap aspek, dari suspensi, pengendalian hinggalah kepada bateri dan tayar,” kata Pengarah Barisan Kenderaan Lotus Emeya, Sylvian Verstaeten.


“Emeya ialah sebuah GT elektrik yang terbaik, direka dan dibangunkan untuk memberikan pengalaman pemanduan optimum kepada pelanggan kami 365 hari setahun dan dalam semua keadaan,” tambahnya.


Lotus-Emeya-EV-Testing-13.jpgLotus-Emeya-EV-Testing-6.jpg


Tidak terhenti di sini, Lotus akan menjalankan siri ujian tambahan ke atas model ini di lokasi-lokasi terpilih lain seperti Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Australia, sebelum penghantaran dimulakan di pasaran-pasaran tersebut.


Lotus-Emeya-5.jpgLotus-Emeya-4.jpg


Untuk makluman, hyper GT elektrik, Emeya, menggunakan sistem dua motor, pacuan semua roda (AWD) dengan kuasa 905 HP dan 985 NM, membolehkannya melakukan pecutan abad dalam masa sepantas 2.78 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 265 KM/H. Menggunakan platform yang sama seperti Electre, iaitu  Electric Premium Architecture, Emeya dibangunkan dengan pek bateri 102 kWh serta  senibina elektrikal yang mampu menampung 400 V yang membolehkan kereta dicas menggunakan pengecas DC sehingga 350 kW. 


Tahun lalu, Lotus Cars Malaysia telah melancarkan SUV ini di pasaran Malaysia, diharapkan Emeya EV juga akan tiba di negara kita dalam masa yang terdekat. 


Lotus-Emeya-EV-Testing-10.jpg

Tag:

Emeya
Emeya EV
Lotus Emeya EV GT
Hyper GT
Lotus
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Lotus Emeya Ada 3 Varian: Harga RM555K - RM777K

Lotus Cars Malaysia (Lotus Karz Sdn Bhd) secara rasmi melancarkan model Hyper-GT terbaharunya, Emeya ke pasaran tempatan.

16-08-2024
EV

EV Sporty, Lotus Emeya, Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Lotus secara rasmi telah melancarkan sedan EV GT mereka ke pasaran Thailand, Lotus Emeya.

29-03-2024
Kereta Baru

Tempahan EV Lotus Emeya Kini Dibuka Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM575,000

Lotus Cars Malaysia kini membuka tempahan untuk model terbaru, Lotus Emeya. Ini spesifikasinya...

22-07-2024
Global

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
EV

Lotus Eletre & Emeya Model 2026 Diperkenalkan – 2 Varian Baharu, Capai 905 HP!

Lotus bersiap sedia untuk melancarkan model tahun 2026 (2026 MY) bagi SUV elektrik Eletre dan sedan elektrik Emeya tidak lama lagi

04-04-2025
EV

EV Sporty, Lotus Emeya, Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Lotus secara rasmi telah melancarkan sedan EV GT mereka ke pasaran Thailand, Lotus Emeya.

29-03-2024
EV

Cas 5 Minit Dapat 140 KM! Lotus Perkenal Pengecas EV Ultra-Pantas

Lotus perkenal sistem pengecas DC ultra-pantas dengan kapasiti pengecasan antara yang tertinggi di dunia.

30-11-2023
EV

Lotus Emeya Power Habis, Ada Kuasa 905 HP

Lotus akhirnya mendedahkan sedan elektriknya, Lotus Emeya.

08-09-2023

Berita Terkini

EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026