Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

UMW Toyota Kekal Jenama Bukan Nasional Terlaris Malaysia Pada 2023

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Vios-2023-009-full.jpg


UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar automotif bukan nasional yang terkemuka di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut selepas mencatatkan prestasi yang cemerlang pada tahun 2023. 


Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. berkata,  "Kejayaan ini mencerminkan dedikasi kami untuk menawarkan kenderaan berkualiti tinggi dan pengalaman pemilikan yang tiada tandingannya. Kami menghargai sambutan positif yang diterima daripada pasaran dan para pelanggan.”


10752_1706581999-full.jpg



Secara keseluruhannya, UMWT telah merekodkan jualan sebanyak 108,107 unit kenderaan Toyota dan Lexus sepanjang tahun 2023, meraih bahagian pasaran keseluruhan kenderaan penumpang bukan nasional yang signifikan sebanyak 32% (Toyota sahaja). Jualan yang ketara dilihat dalam segmen SUV, dengan 22,533 unit terjual mewakili 19.6% bahagian pasaran bukan nasional.


Pada bulan Disember, UMWT mencatatkan aliran jualan yang positif dengan jumlah jualan sebanyak 10,402 unit terdiri daripada 10,079 unit Toyota dan 323 unit Lexus.


10752_1706581984-full.jpg


Selain itu, UMWT juga merekodkan sejumlah 1,342,130 pelanggan kembali kepada perkhidmatan selepas jualan syarikat tahun lalu, sekaligus membuktikan kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. 


Mengulas mengenai rancangan syarikat pada masa akan datang, UMWT bakal memperkenalkan inisiatif terbaru pada bulan Februari melalui acara Beyond Zero, membuktikan komitmennya untuk membantu Malaysia mencapai sasaran pelepasan gas rumah hijau bersih-sifar menjelang tahun 2050, sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).


Tag:

UMW Toyota Motor (UMWT)
UMWT
Prestasi Jualan Toyota
Toyota 2023
Lexus Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Berita Auto

UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.

09-02-2026
Kereta Baru

Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.

29-01-2026
Berita Auto

Jualan Kereta Toyota Dari Jan-Nov 2025 Catat 88,133 Unit

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan kereta sebanyak 88,133 unit dalam tempoh 11 bulan ini .

05-12-2025
Berita Auto

Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah

Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.

15-10-2025
Berita Auto

Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.

06-10-2025
Berita Auto

5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah

Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.

09-09-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026