Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bilik Pameran Baharu Ini Sudah Dinaik Taraf

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Auto Bavaria, rangkaian pengedar bertauliah BMW terbesar di Malaysia, baru sahaja membuka bilik pameran terbaharunya yang terletak di Chan Sow Lin, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Bilik pameran yang sudah dinaik taraf ini akan mempamerkan kenderaan daripada portfolio BMW Premium Selection (BPS) serta MINI Used Car Next (MUCN).

01.jpg

Pengarah Urusan di BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel  berkata, pembaharuan Auto Bavaria itu sebenarnya mencerminkan komitmen BMW Group Malaysia untuk memajukan lagi mobiliti individu premium melalui penambahbaikan berterusan.

“Komitmen ini termasuklah penambahbaikan terhadap perkhidmatan dan kemudahan bilik pameran, serta penambahan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik.

“Auto Bavaria ini  menceriminkan dedikasi kami untuk menawarkan pengalaman mewah kepada pelanggan dalam perjalanan pemilikan premium mereka, serta mengukuhkan komitmen  untuk memberikan Sheer Driving Pleasure,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

03.jpg

Bilik pameran yang terletak di atas tanag seluas 35,000 kaki persegi ini menempatkan ruang pameran, ruang perundingan pelanggan dan ruang hospitaliti utama, bar dan ruang rehat BMW di mana pelanggan boleh berehat.

Bilik pameran tersebut juga menampilkan ruang khas untuk alat ganti, aksesori dan gaya hidup sekali gus membolehkan pelanggan melihat kenderaan mereka sementara  diselenggara.

05.jpg

Selain itu, barangan BMW & MINI yang ikonik turut dipamerkan di ruang tersebut.

Dengan pasukan yang terdiri daripada enam kakitangan, mereka bersedia membantu para pelanggan yang mengunjungi  bilik pameran berkenaan.

08.jpg07.jpg

Untuk makluman, terdapat juga kemudahan seperti ruang jualan, ruang perkhidmatan perundingan, Kawasan Penerimaan Kereta (RATC) dan Kawasan Serahan Pelbagai Fungsi.

Selaras dengan dedikasi BMW Group Malaysia untuk meningkatkan aksesibiliti terhadap infrastruktur pengecas, Auto Bavaria baharu ini  memainkan peranan aktif dalam inisiatif tersebut dengan menyediakan kemudahan pengecas arus ulang alik (AC) dan arus terus (DC) di pusat pengedar ini. 

Usaha tersebut menegaskan visi dan komitmen bersama untuk memajukan mobiliti elektrik di Malaysia, dengan lebih 2,020 kemudahan pengecas kini tersedia di seluruh negara yang dikuasakan oleh kerjasama utama dengan pembekal pengecas kenderaan elektrik (EV) tempatan.

04.jpg

Auto Bavaria Chan Sow Lin ini terletak   di No. 8, Jalan Dua, Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Ia beroperasi setiap hari antara 8 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, dan dari 8 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari Sabtu.

Gallery

Tag:

Auto Bavaria Malaysia
BMW Group Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

SDAB, SDRAC Meterai Kerjasama

Nak raya Cina, jom sewa BMW iX dengan Hertz Malaysia.

06-02-2024
Berita Auto

Fasiliti Ini Adalah Bilik Pameran Terbesar BMW

Auto Bavaria baharu ini terletak di Jalan Balakong.

19-01-2024
Berita Auto

Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya

BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.

16-01-2026
EV

BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai

BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).

16-01-2026
Kereta Baru

Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800

BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).

04-07-2025
Kereta Baru

Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800

BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.

25-06-2025
Kereta Baru

BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.

20-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026