Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jangan Marah Orang Guna SmartLane Raya Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2161862-full_normal.jpg


Laluan SmartLane diaktifkan Aidilfitri ini


Laluan SmartLane akan kembali diaktifkan di setiap lebuh raya utama sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). 


Keputusan ini dibuat selepas pengalaman positif semasa pelaksanaan SmartLane sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang lalu, yang mendapat sambutan baik dari pengguna jalan raya.


Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam, memaklumkan bahawa pengguna dikehendaki menunggu pengumuman rasmi daripada syarikat konsesi mengenai tarikh dan lokasi pengaktifan SmartLane di setiap lebuh raya. 


SmartLane-1.jpeg


Pengaktifan semula SmartLane sebelum ini mendapat kritikan kerana kekeliruan yang timbul kepada pengguna jalan raya akibat kekurangan informasi mengenai lokasi pengaktifan. Ini menyebabkan ramai pengguna jalan raya salah faham dan menganggap bahawa terdapat kenderaan yang menyalahgunakan laluan kecemasan.


Baca: Kerana ‘Jahil’ SmartLane, Penunggang Motor Rosakkan Kereta Di Lorong Kecemasan


PENYEDIAAN SISTEM PEMBAYARAN TERBUKA


image.png


Sistem pembayaran terbuka membolehkan penggunan membuat pembayaran menggunakan kad debit atau kredit


Selain itu, Hasnol mendedahkan bahawa kementeriannya telah menggalakkan syarikat konsesi lebuh raya untuk meningkatkan penyediaan sistem pembayaran terbuka menggunakan kad debit atau kredit di plaza tol. 




Isu teknikal di tol boleh menjadi punca kesesakan


Penyediaan lebih banyak lorong  dengan sistem pembayaran terbuka diyakini dapat mengatasi masalah  kesesakan luar biasa akibat isu teknikal penggunaan kad Touch ‘n Go (TNG), SmartTAG, dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).


PEMBUKAAN LEBUH RAYA


Hasnol juga menyatakan jangkaan pembukaan empat pakej laluan jajaran Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) di negeri Perak dapat memberi kelegaan kepada pengguna jalan raya, terutamanya mereka yang pulang berhari raya ke utara Semenanjung Malaysia. 


image.png


Gambar hiasan


“Kementerian turut berharap sebanyak empat pakej WCE di Selangor akan dapat disiapkan pada tahun ini.


Baca: Tol Percuma 2 Bulan Sempena Pembukaan Seksyen 11 WCE


“Pakej pembinaan jajaran WCE itu meliputi laluan Banting yang disambungkan ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) serta Bukit Raja yang disambungkan ke Lebuhraya Shah Alam (KESAS), merupakan empat dari keseluruhan lima pakej pembangunan WCE di Selangor,” tambahnya.

Tag:

SmartLane
Laluan Pintar
Hari Raya Aidilfitri
Aidilfitri 2024
Kementerian Kerja Raya (KKR)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ramai Keliru Tentang SMARTLANE, Sebab Papan Tanda Kecil Sangat

Betul ramai yang keliru sebab papan tanda SmartLane kecil sangat.

12-03-2024
Berita Auto

Kerana ‘Jahil’ SmartLane, Penunggang Motor Rosakkan Kereta Di Lorong Kecemasan

Rupanya masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu kewujudan laluan SmartLane.

13-02-2024
Berita Auto

Laluan USJ-Seafield ELITE Ada ‘Smartlane’ Bermula 1 Jun - 31 Ogos, Ini Waktunya...

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2023 di laluan USJ-Seafield.

01-06-2023
EV

Hari Raya: Pemilik Proton e.MAS, smart Terima Diskaun Pengecasan 30%

Pemilik Proton e.MAS dan smart boleh menikmati tawaran istimewa ini di lebih 85% stesen pengecasan awam.

03-04-2025
Berita Auto

Nak Balik Raya? Ada Diskaun Tol 50% Tapi Bermula Esok Hingga Lusa

Bagaimanapun diskaun ini tidak terpakai di plaza tol di sempadan negara.

27-03-2025
Berita Auto

LTU Akan Dibuka Untuk Aidilfitri? Rupa-Rupanya Berita Palsu

Perhatian buat warga Pantai Timur! LTU tidak akan dibuka untuk Aidilfitri.

24-03-2025
Berita Auto

Kamera AwAS: "Temani" Anda Sepanjang Aidilfitri

Terdapat 17 lokasi kamera AwAS yang dikenal pasti di sepanjang Lebuhraya PLUS.

16-03-2025
Berita Auto

Batik Air Tawar Tiket Murah Ke Sabah & Sarawak Sempena Aidilfitri – Dari RM319

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Batik Air menawarkan tiket penerbangan tambang tetap serendah RM319.

07-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

RON95 Hanya Untuk Rakyat Malaysia: Kereta Nombor Plat Asing Tidak Boleh Beli RON95

Walaupun harga RON95 sudah diapungkan mengikut harga pasaran namun kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak dibenarkan membeli petrol RON95.

24-09-2025
Berita Auto

9 Jenis Pengangkutan Awam, 12 Sektor Logistik Terima Harga Subsidi RON95 Pada RM2.05 Seliter

Petrol RON95 akan dijual pada kadar bersubsidi RM2.05 seliter untuk kenderaan komersial yang layak membabitkan sembilan jenis pengangkutan awam dan 12 sektor logistik.

24-09-2025
Berita Auto

RON95 Turun RM1.99 Seliter, Rakyat Boleh Jimat RM200 Dalam Sebulan

Rakyat boleh menjimatkan wang sebanyak RM200 sebulan selepas harga RON95 diturunkan nanti.

24-09-2025
Berita Auto

6 Stesen MRT Laluan Putrajaya Ditutup, Untuk Kerja Baik Pulih

Enam stesen perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya ditutup sementara bagi membolehkan kerja baik pulih susulan gangguan bekalan kuasa yang berlaku jam 5.54 pagi tadi.

24-09-2025
Berita Auto

Hadkan Pembelian RON95 Sehari Sekali? Masih Belum Ada Rancangan!

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembelian petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sekali sehari.

23-09-2025
Berita Auto

Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

RV Kenderaan Sewa & Pandu Pelancongan (KSPP) untuk komersial di Semenanjung dan Kereta Sewa Pandu (KSP)di Sabah, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

23-09-2025
Berita Auto

Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.

23-09-2025
Berita Auto

Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak

Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak, awal pagi tadi.

23-09-2025