Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lebuhraya EKVE Siap Sepenuhnya Hujung Tahun 2025

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ekve-1.jpg


Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dijangka siap tahun hadapan


Kementerian Kerja Raya mengumumkan bahawa Projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang tahun depan, 31 Disember 2025. Penyiapan asalnya yang dijadualkan pada tahun 2019 telah ditangguhkan beberapa kali disebabkan pelbagai isu, termasuk tuntutan sivil dan kenaikan kos.


Menurut Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, Putrajaya dan pihak konsesi lebuh raya telah menandatangani perjanjian konsesi tambahan yang ke-5 pada 11 November tahun lalu. 


ekve-2.jpeg


Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) 


Pembinaan lebuh raya ini telah dibelenggu dengan masalah undang-undang dan bantahan daripada orang ramai, ini termasuklah lima saman sivil membabitkan sebidang tanah di Beverly Heights, Ulu Kelang.


PEMBINAAN-EKVE.png


Menurut Nanta, sehingga 25 Januari, 85.74% projek EKVE telah siap. Kerja di tapak telah dijalankan semula, dengan tumpuan kepada pembinaan bahagian pertama lebuhraya (Sungai Long-Ampang), yang dijangka akan dibuka pada suku ketiga tahun ini.


"Sementara itu, kerja pembinaan Bahagian 2 lebuh raya (Ampang-Ukay Perdana) dijangka akan dilaksanakan semula pada suku kedua tahun ini," kata Nanta dalam jawapan bertulis di Parlimen.


Lebuhraya EKVE berkepanjangan 24 km menghubungkan Sungai Long dan Ukay Perdana dijangka akan menelan belanja kira-kira RM1.55 bilion.

Tag:

EKVE
Projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE)
Kementerian Kerja Raya (KKR)
Menteri Kerja Raya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya

3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.

24-06-2026
Berita Auto

Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini

Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!

22-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
Berita Auto

Jika Boleh, Kita Mahu Setiap Inci Jalan Diterangi Lampu – Menteri KKR

Kementerian Kerja Raya mahu setiap setiap inci di jalan raya dilengkapi lampu jalan namun pihaknya mengakui berdepan kekangan sumber.

09-12-2025
Berita Auto

SUV Junam Dalam Gaung, Siapa Alihkan Papan Tanda Di Lokasi Kemalangan

Menteri Kerja Raya menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan di Hulu Terengganu.

08-12-2025
Berita Auto

Projek Lebuhraya Trans Borneo Bermula Tahun Depan,- Menteri

Seksyen Miri, Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB), dijangka bermula suku pertama tahun hadapan.

03-12-2025
Berita Auto

Projek Siapkan MEX II Dianggarkan RM449 Juta, Kos Mungkin Naik

Kos bagi menyiapkan baki kerja pembinaan Projek Lebuhraya Putrajaya ke KLIA (MEX II) dianggarkan berjumlah RM449 juta.

03-12-2025
Berita Auto

Lubang Benam Di Melaka, Mujur Tiada Kemalangan Jiwa

Kegagalan struktur pembentung bawah tanah (culvert)dipercayai punca kejadian lubang benam yang berlaku di Melaka.

30-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026