Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pelanggan Proton Kini Boleh Dapat Pemasangan Cermin Gelap Dari Kilang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

En-Roslan-Abdullah-(on-the-right)-observing-the-tinting-process.JPG


Pusat Pemasangan Cermin Gelap Proton. 


Syarikat automotif nasional, Proton, telah merasmikan pembukaan Pusat Pemasangan Cermin Gelap Proton di kilang pengeluarannya di Tanjung Malim


Fasiliti tersebut yang mempunyai kapasiti pemasangan sehingga 5,000 unit sebulan menjanjikan cermin gelap berkualiti tinggi menggunakan teknik cetakan pra-potong yang lebih tepat dan kemas berbanding pemasangan selepas pembelian kenderaan. 


Pemasangan di pusat ini juga dapat mengelakkan risiko kerosakan sekunder yang biasanya dikaitkan dengan pemasangan pascapasaran (aftermarket) yang pastinya akan merugikan pengguna. Cermin gelap Proton turut dijamin mematuhi peraturan yang ditetapkan JPJ. 


New-cars-go-through-tinting-process.JPGStaff-at-work-at-Proton-Tint-Centre.JPG


Kualiti pemasangan cermin gelap lebih terjamin jika dibuat dari kilang.


Pelanggan dapat menikmati waranti tanpa had perjalanan selama 5 tahun untuk semua perkhidmatan pemasangan cermin gelap. 


Sebelum ini, pemasangan cermin gelap ditawarkan sebagai aksesori standard untuk X90 Flagship dan Premium serta S70 Flagship dan Flagship X. Dengan pelancaran pusat pemasanagn ini, aksesori tersebut akan ditawarkan kepada lebih banyak lagi model lain. 


Official-Opening-Ceremony-of-Proton-Tint-Centre.JPG


Perasmian  Pusat Pemasangan Cermin Gelap Proton


Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, “Pembukaan Pusat Pemasangan Cermin Gelap baharu kami di Tanjung Malim adalah satu langkah penting ke  arah komitmen Proton untuk menyampaikan produk berkualiti dan nilai tambahan kepada pelanggan kami.  Dengan mengambil tanggungjawab untuk proses pemasangan, kami mempunyai kawalan kualiti yang lebih baik  dan boleh menawarkan ketenangan fikiran kepada pelanggan. 


One-unit-of-Proton-S70-under-tinting-process.JPG


Dengan kapasiti pemasangan sebanyak 5,000  unit kenderaan sebulan, pusat ini juga bersedia untuk menghadapi sebarang peningkatan volum dalam jangka  masa pendek kerana lebih banyak model dalam rangkaian Proton akan ditawarkan dengan cermin gelap sebagai  aksesori standard.” tambahnya. 

Tag:

Kilang Tanjung Malim
Pusat Pemasangan Cermin Gelap Proton
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton Bakal Pindah Operasi Ke Hab Automotif, AHTV, Tahun 2026 Ini

CEO Proton, Li Chunrong, mendedahkan perkembangan terkini mengenai projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).

22-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025
Berita Auto

Jejalah MISI 5 – Proton e.MAS 5 Dekati Rakyat Malaysia Ogos-Oktober Ini

Kenderaan elektrik (EV) kedua Proton yang dinanti-nantikan ramai, Proton e.MAS 5, bakal membuat kemunculan di seluruh Malaysia melalui siri jelajah MISI 5 Proton e.MAS 5.

05-08-2025
Berita Auto

Perincian Penyasaran Subsidi RON95 Diumum Sept 2025

Kementerian Kewangan mengesahkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September ini.

05-08-2025
Berita Auto

Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut

Gara-gara hilang kawalan, pasangan suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, semalam.

05-08-2025
Berita Auto

Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.

05-08-2025
Berita Auto

Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan

Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.

04-08-2025
Berita Auto

2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.

04-08-2025
Berita Auto

Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat

Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.

04-08-2025