Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pembeli Kena TIPU? Kerajaan Kaji Balik LEMON LAW

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal melaksanakan kajian kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna untuk menuntut tebus rugi. 

Ini bermaknam dengan adanya perundangan tersebut, ia akan memberi kuasa kepada pengguna untuk menuntut kerugian sekiranya kenderaan baharu yang dibeli rosak atau tidak mematuhi piawaian kualiti.

Bercakap mengenai perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebaik kajian tersebut selesai satu keputusan dasar di peringkat kementeriannya akan dibuat.

“Apabila kajian selesai, keputusan dasar akan dibuat di peringkat Kementerian sebelum rangka kerja undang-undang dijalankan,” katanya dalam jawapan bertulis.

Beliau berkata ketika diminta menjawab soalan yang telah diajukan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Wee Ka Siong mengenai tindakan kerajaan dalam pertimbangan Lemon Law ke industri automotif.

Isu Lemon Law mula diperkatakan apabila seorang pembeli Perodua Bezza panik kereta yang baru dibeli rosak dan satu lagi kes yang membabitkan model Honda.

image.png

Bagi yang tidak tahu Lemon Law adalah undang-undang yang melindungi produk pengguna yang mempunyai jangka hayat melebihi enam bulan seperti kenderaan, bagi menangani isu kerosakan sedia ada serta kemungkinan berlakunya kemalangan dan menanggung kerugian akibat daripada kerosakan tersebut.

Ini bermakna, pengguna mempunyai pilihan untuk meminta pembaikan atau penggantian, dan jika itu tidak mungkin, minta pengurangan harga, atau bahkan bayaran balik.

Apa yang menyedihkan, undang-undang ini belum ada di Malaysia.

Sebaliknya, Singapura, Filipina merupakan antara negara di Asia Tenggara yang menerima pakai Lemon Law ini, selain daripada negara besar seperti Amerika Syarikat, China dan Korea Selatan.


Gallery

Tag:

Lemon Law
Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton, Perodua Sedia Patuhi Undang-Undang Lemon Law

RHB Investment Bank Bhd memberi komen bahawa cadangan untuk menggabungkan ‘Lemon Law’ di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dilihat sebagai satu langkah positif.

13-10-2025
Berita Auto

"Tak Perlu 'Lemon Law' Sebab Undang-Undang Sedia Ada Sudah Cukup." – Pakar Undang-Undang

Pakar berpendapat undang-undang perlindungan pengguna sedia ada di Malaysia sudah cukup untuk melindungi pengguna dan tiada keperluan mendesak untuk memperkenalkan 'lemon law' untuk pembeli kenderaan.

30-10-2024
Berita Auto

Cadangan Lemon Akan Dibentang Tahun Depan, Sebab Banyak Perkara Perlu Diteliti

Kajian Lemon Law membabitkan pelantikan perunding terdiri daripada pakar perundangan.

04-06-2024
Berita Auto
Berita Auto

Lemon Law Perlu Dilaksanakan Demi Lindungi Pengguna

Bilakan Lemon Law akan dilaksanakan?

18-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026