Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tambang Bas Naik, Ada Sebabnya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Harga tiket bas eksekutif naik sebanyak 42 peratus iaitu dari RM44 kepada RM75, dalam masa terdekat.

Bagi yang tidak tahu,  bas eksekutif adalah bas yang mempunyai kerusi 2+1 di setiap barisan, manakala bas ekonomi pula membabitkan kerusi 2+2 di setiap barisan.

image.png

Bagaimanapun, keputusan menaikkan harga  dibuat  pengusaha bas ekspres di Pantai Timur gara-gara kos yang semakin meningkat ketika ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata, sebelum ini, pengusaha bas di Pantai Timur terpaksa mengenakan tambang tiket ekonomi untuk bas eksekutif.

image.png

“Nyata tindakan itu dibuat akibat persaingan namun disebabkan kos yang semakin meningkat termasuk alat ganti dan harga bas yang semakin mahal menyebabkan pengusaha bas sudah tidak mampu menampung kos operasi dan kami sepakat untuk menaikkan tambang kepada harga yang ditetapkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Bagi bas ekonomi untuk perjalanan Kelantan ke Kuala Lumpur, harga yang akan dikenakan RM44 berbanding kini RM35, manakala tiket bas eksekutif yang akan dikenakan RM75 berbanding kini RM44,” katanya.

Dikhabarkan, kenaikan harga itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Mungkin ini Aidilfitri terakhir di mana penumpang masih membeli dengan harga tiket yang lama," katanya.


Gallery

Tag:

Bas Ekspres
bas mutiara
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

JPJ Cekup 11 Bas Ekspres, Persiaran Tidak Sediakan Pemandu Kedua

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengesan 11 bas ekspres dan persiaran yang tidak mempunyai pemandu kedua

17-09-2025
Berita Auto

JPJ Keluar 1,415 Saman Kepada Penumpang, Pemandu Bas Sebab Tidak Pakai Tali Pinggang

JPJ telah mengeluarkan sejumlah 1,415 notis saman kepada penumpang serta pemandu kenderaan perkhidmatan awam atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

11-09-2025
Berita Auto

Amaran Keras Saman Tertunggak: Tepat 12 Tengah Malam Hari Terakhir 8 Julai, JPJ Akan Ambil Tindakan

"Kita beri jaminan tepat jam 12 tengah malam hari terakhir itu, pasukan JPJ akan berada di jalan raya bagi mengambil tindakan terhadap kenderaan terbabit yang dikesan gagal melangsaikan saman tertunggak, - kata Ketua Pengarah JPJ.

30-06-2025
Berita Auto

Tali Pinggang: Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai

Semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

29-06-2025
Berita Auto

Pemandu Bas Tunjuk Isyarat Lucah, Pandu Melulu, Syarikat Bas Digantung Operasi Sebulan

Sebuah syarikat bas ekspres digantung operasi selama sebulan bermula awal Julai depan selepas pemandunya dikesan memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah.

26-06-2025
Berita Auto

Pangkalan Data Bakal Dibangunkan, Mampu Kesan Pemandu Bas Bermasalah

Dengan adanya sistem pangkalan data, syarikat bas menilai kelayakan serta latar belakang pemandu sebelum mereka diambil bekerja.

12-06-2025
Berita Auto

Bas Ekspres Terbakar, Pemandu, Penumpang Terselamat

Sebuah bas ekspres hangus terbakar namun 29 orang termasuk pemandu dan penumpang terselamat selepas bas yang dinaiki mereka terbakar.

30-05-2025
Berita Auto

Aidilfitri: Lebih 16,000 Tiket Raya Ke Kelantan "Licin" Dalam 4 Jam

Tiket bas ekspres dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu laris apabila 16,454 habis dalam tempoh empat jam.

07-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026