Link Copiedcheck_circle
EV

Tinted Dengan Raytech, Dapat Kredit Cas 500 Secara PERCUMA

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Adakah anda baru sahaja membeli kenderaan elektrik? Jika ya, ada berita baik untuk anda!

Ini kerana jika anda memilih mana-mana pakej penapis haba (tinted cermin kereta) dengan Raytech, anda akan menerima kredit cas sebanyak 500 daripada ChargeSini secara PERCUMA.

Bermula esok, para pelanggan yang membeli pakej penapis haba terpilih Raytech Films, mereka layak menerima kredit bernilai RM500 secara percuma dengan ChargeSini.

image.pngimage.png

Selain itu, bagi pelanggan yang membeli pakej terpilih menerusi promosi ini, mereka akan turut menerima penapis filem untuk bahagian lampu dan pelindung anti calar di bahagian pemegang pintu secara percuma.

Difahamkan, pakej itu ditawarkan pada harga serendah dari RM1,688 dan ke atas.

image.png

Bagaimanapun, kredit pengecas sebanyak 500 serta pelindung penapis haba di bahagian lampu depan dan pemegang pintu sebenarnya adalah ganjaran bagi mereka yang membeli pakej tinted, Raytech MX, Raytech QX, atau Raytech RX .

Sehubungan itu, para pelanggan yang layak dengan ganjaran ini akan menerima kredit secara terus daripada ChargeSini menerusi aplikasi ChargeSini .

Aplikasi ChargeSini boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.

image.png

Apapun, bagi pemilik EV baharu, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Tawaran tersebut sah di mana-mana cawangan Raytech Films di seluruh negara mulai sekarang (tertakluk pada terma dan syarat). 

Selain itu, kredit pengecasan PERCUMA membolehkan anda mengakses mana-mana titik pengecasan AC dan DC ChargeSini di seluruh negara. Buat masa ini, ChargeSini mempunyai 638 stesen pengecas.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Raytech Film atau layari laman web: RaytechFilms.com.my.

image.png

Anda juga boleh melayari laman web rasmi ChargeSini di ChargeSini.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian stesen pengecas EV mereka.


Gallery

Tag:

raytechfilms
ChargeSini App
ChargeSini DC Charger
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha