Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Berita Baik Buat Warga Perak!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik buat orang Perak!

Ini kerana Lebuhraya Tanjung Malim ke Lumut, Perak akan dibina bagi memudahkan pengangkutan logistik antara Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim dan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).

Bagaimanapun, ia hanyalah sekadar cadangan dibuat semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang ke Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Itu kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

image.png

“Semasa Perdana Menteri datang ke Perak, kita ada senaraikan 10 perkara. Satu ialah projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Kerian. Kedua ialah pembinaan lebuh raya baharu dari Tanjung Malim ke Lumut.

“Tujuannya ialah apabila pelaburan AHTV bermula, ke mana hendak hantar produk itu. Kalau dihantar ke Pelabuhan Klang, sesak. Maka kita cadangkan pelabuhan di Lumut. Pelabuhan Lumut ini kita akan perkasakan.

“Jadi semua produk dari AHTV kita akan eksport melalui Lumut. Itu cadangan kita. Sebab itu ada keperluan untuk membina lebuh raya baharu,” katanya.

Difahamkan, cadangan itu telah didaftarkan di pentadbiran kerajaan Pusat, namun belum ada sebarang kelulusan.


Gallery

Tag:

Tanjung Malim
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Untung Siapa Duduk Tanjung Malim, Banyak Betul Pelaburan Masuk

Geely akan melabur AS$10 bilion (RM45.3 bilion) .

18-07-2023
EV

Geely Bakal Labur RM30 Bilion Untuk Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif Di Perak

Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) akan melaburkan sejumlah RM30 bilion dalam pembangunan dan pengkomersilan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).

07-04-2023
Berita Auto

Rangkaian Stamping Baharu Kilang Proton Dilancarkan, Import Komponen Kurang Hingga 115K Unit

Pengeluar kereta nasional, PROTON, telah melancarkan rangkaian stamping baharu di kilangnya di Tanjung Malim, Perak.

15-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026