Link Copiedcheck_circle
Global

Alfa Romeo Diarah Tukar Nama Milano

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sejak penampilan sulungnya di peringkat global pada minggu lalu, Alfa Romeo Milano telah menjadi tajuk utama di semua laman berita automotif.

Ia bukan sahaja model elektrik yang pertama sebaliknya ia juga  model peringkat permulaan.

Bagaimanapun, nama Alfa yang dipilih untuk SUV peringkat permulaannya dianggap  tidak sesuai sehingga mendorong pembuat kereta itu memilih nama lain.

Dikhabarkan, kerajaan Itali melarang ia memasarkan produk dengan nama kedengaran Itali yang tidak dibina di negara berkenaan.

image.png

Seperti mana yang dinyatakan oleh Menteri Industri Itali, Adolfo Urso bahawa  Alfa Romeo tidak boleh menggunakan nama Milano kerana model berkenaan tidak dibuat di Itali.

image.png

Sebaliknya, SUV subkompak tersebut dikeluarkan di kilang Stellantis yang terletak di Poland. 

Jadi, Alfa Romeo terpaksa menggugurkan nama Milano daripada model peringkat permulaan dimana model tersebut kini dikenali sebagai Alfa Romeo 'Junior'.

Sementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif Alfa Romeo Jean-Philippe Imparato berkata, pemilihan nama Alfa Romeo Junior adalah semula jadi kerana ada kaitan dengan sejarah jenama dan menjadi kereta kegemaran orang ramai.

"Kami memutuskan untuk menukar nama, walaupun kami tahu bahawa kami tidak perlu berbuat demikian kerana kami mahu mengekalkan emosi positif selain mengelakkan sebarang kontroversi," katanya.

image.png

Untuk makluman anda, ini bukan kali pertama sebuah kereta Alfa dinamakan Junior, memandangkan terdapat GT 1300 Junior Coupe  yang dikeluarkan pada tahun 1966. 

Model itu disasarkan kepada golongan muda dan ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.

Alfa berpendapat ia merupakan satu strategi terbaik untuk menamakannya sebagai  Junior untuk model peringkat permulaan dengan harapan ia mengikuti jejak langkah  kejayaan GT 1300 Junior.

Gallery

Tag:

Alfa Romeo
GT1300 Junior
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Alfa Romeo Stelvio Veloce & Giulia Veloce Dipertontonkan Di Malaysia – Anggaran Dari RM400,000

Alfa Romeo Malaysia hari ini telah mempertontonkan dua model berprestasi tingginya untuk pasaran tempatan, SUV Alfa Romeo Stelvio Veloce dan sedan sport Alfa Romeo Giulia Veloce.

20-11-2025
Kereta Baru

Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.

05-11-2025
Global

Maserati Pertimbang bawa Masuk Flagship Super GT Baharu dengan Transmisi Manual

Nampaknya Maserati sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan model flagship baharu edisi terhad yang bakal menampilkan enjin ikonik mereka iaitu enjin kembar turbo V6 3.0 liter Nettuno.

30-07-2025
Berita Auto

Alfa Romeo Tonale Akan Dijual Di Malaysia Tak Lama Lagi?

Ini segalanya yang kita tahu tentang Alfa Romeo Tonale yang mungkin akan memasuki pasaran Malaysia.

09-03-2024
Berita Auto

Alfa Romeo Tonale - Pelancaran Ditangguhkan Hingga Awal 2022

Stellantis, syarikat induk kepada Alfa Romeo, telah mengesahkan bahawa Alfa Romeo Tonale akan dilancarkan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) versi hibrid plug-in.

27-12-2021

Berita Terkini

Global

Geely Starry EM-i Catat Rekod Dunia – Jimat Minyak, Hanya 3.83L/100 KM!

Gergasi automotif China, Geely Auto, secara rasmi telah ‘memahat’ nama dalam Guinness World Record selepas model Starray EM-i berjaya menamatkan pemanduan pesisir pantai dari Sydney ke Melbourne.

17-12-2025
Global

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global
Global

Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

15-12-2025
Global

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025
Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025