Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Continental MaxContact MC7: Kestabilan Luar Biasa Walau Laju Di Selekoh, Khas Untuk Asia Pasifik

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Continental-MaxContact-MC7-4.jpg


Continental Tyres telah melancarkan tayar baharu berprestasi tinggi, Continental MaxContact MC7 yang dibangunkan khas untuk pasaran Asia Pasifik (APAC). Tayar ini menawarkan keseimbangan sempurna antara kegunaan harian dan prestasi pemanduan yang luar biasa.


MC7 menawarkan kualiti pengendalian yang lebih baik dengan  kestabilan luar biasa yang terutamanya dapat dirasakan semasa melakukan pusingan tajam, walaupun pada kelajuan tinggi ataupun di selekoh kerana pengedaran tekanan di dalam tayar telah dioptimumkan. 


Ini dapat dicapai dengan memaksimumkan kawasan sentuhan dengan jalan untuk jejak yang lebih lebar dengan ​​cornering macroblocks. Ini secara tidak langsung membantu mengagihkan semula daya  untuk pemanduan yang lebih terkawal dan stabil.


Continental-MaxContact-MC7-2.jpg


Selain itu, MC7 dilengkapi dengan sipes potongan laser 3D yang membantu cengkaman dan pembrekan kereta pada permukaan basah, mengurangkan risiko aquaplaning kerana dapat mengeluarkan air yang mengalir melalui alur tayar dengan pantas.


Continental-MaxContact-MC7-3.jpg


Di samping itu, kompaun silika ReFlex pada MC7 juga meningkatkan pemindahan tenaga kinetik untuk kuasa berhenti yang lebih baik serta menawarkan rintangan tinggi terhadap perubahan bentuk atau deformasi tayar yang bukan sahaja membantu membuatkan tayar dapat bertahan lebih lama tetapi juga meningkatkan respons stereng dan ketepatan pengendalian. 


Sama seperti model tayar Continental yang lain, MC7 juga terkenal dengan keupayaannya mengurangkan bunyi bising tayar yang berlebihan, terutamanya ketika memandu pada kelajuan tinggi. Ini dapat dicapai dengan penggunaan teknologi Noise Breaker 3.0 dua dalam satu, MC7 mampu menyediakan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan selesa, yang jarang ditemui dalam kebanyakan tayar berprestasi tinggi.


Continental-MaxContact-MC7-1.jpg


“MaxContact MC7 adalah tambahan terbaru kepada barisan produk Gen7 dari Continental, yang mewakili teknologi tayar generasi terkini kami yang dibangunkan khas untuk pemandu APAC. Kami yakin bahawa [produk terbaru] ini menunjukkan kemampuan R&D kami yang canggih untuk menghasilkan [produk] yang terbaik dari segi prestasi dalam kelasnya supaya dapat memberikan pengalaman pemanduan yang luar biasa dalam kehidupan seharian,” kata Ketua Pengurusan Produk untuk Continental Replacement Tyres APAC, Tolga Mutlu. 


Tayar Continental MaxContact MC7 baharu kini ditawarkan di pasaran APAC terpilih, termasuk Malaysia dengan pilihan saiz antara 16 hingga 21 inci. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai harga dan ketersediaannya, anda boleh kunjungi mana-mana cawangan Continental Tyres yangs sah di Malaysia atau layari laman web rasmi mereka.

Tag:

Continental Tyres
Continental Tyres APAC
Continental MaxContact MC7
Continental MaxContact MC7 High Performance Tyres
Tayar Berprestasi Tinggi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Segera Rebut Rebat Continental Sehingga RM100 Hari Ini

Sempena ketibaan Tahun Baru Cina, Continental Tyre Malaysia menawarkan ganjiran rebat angpau e-dompet untuk mereka yang mahu membeli tayar jenama itu.

08-01-2023
Berita Auto

Lalui 850 Ujian! Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Kini Di Pasaran

Pengeluar tayar, Continental, kini menawarkan tayar berteknologi tinggi baharu, UltraContact UC7, bagi pengguna di negara Malaysia.

07-11-2022
Berita Auto

Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Lalui 850 Ujian!

Continental Tyres telah melancarkan produk Generasi 7 pertamanya di Malaysia, UltraContact UC7.

01-09-2022
Pandu Uji

MC7, Sesuai Sangat Untuk Pemandu Asia Pasifik!

Kenapa tayar MC7 sesuai untuk pemandu Asia Pasifik, wajib baca review ini.

18-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026