Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

ECRL Bakal Mula Operasi 2027 Ini, Kota Bharu-KL Hanya 4 Jam!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ECRL-2026-(3).jpg


Kementerian Pengangkutan optimis Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan selesai mengikut jadual pada Disember 2026, dengan operasi yang  dapat dimulakan pada Januari 2027. Projek ini dijangka mempercepatkan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dalam masa hanya empat jam.


Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, projek ECRL mencapai kemajuan sebanyak 64 peratus setakat Mac 2024. Merangkumi empat negeri – Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor, projek ini telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023.


ECRL-2026-(2).jpg


Pengorekan Terowong Berkembar Genting berkepanjangan 16.39 km telah mencapai kedalaman melebihi 8 km bagi kedua-dua bahagian terowong, dan dijangka dapat mencapai penembusan pada suku kedua 2025. 


ECRL-2026-(1).jpg


Projek ECRL ini turut melibatkan kerja-kerja jambatan, dengan pemasangan rasuk jejambat untuk 155 daripada 219 jambatan telah disempurnakan setakat Februari 2024.


Kerja-kerja pemasangan landasan sejauh 92 km telah siap pada akhir Februari 2024, sebulan lebih awal daripada yang dijangka. 


Selain itu, kerja-kerja pemasangan sistem elektrifikasi untuk kereta api ECRL akan bermula seawal Mei tahun ini di Stesen Cherating, Pahang, diikuti oleh lokasi lain dengan pemasangan landasan yang telah siap. 

Sumber: Sinar Harian

Tag:

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
ECRL
Kementerian Pengangkutan
Anthony Loke
Terowong Berkembar Genting
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Binaan ECRL Hempap Kereta Awam, MRL Mohon Maaf

Binaan ECRL Hempap Kereta Awam, MRL Mohon Maaf

Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) memohon maaf ekoran insiden struktur sementara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghempap sebuah kereta di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berdekatan Plaza Tol Gombak, Selangor semalam.

19-11-2025
Berita Auto
Besi Binaan Projek ECRL Hempap Kereta, Mujur Pemandu Terselamat!

Besi Binaan Projek ECRL Hempap Kereta, Mujur Pemandu Terselamat!

Seorang pemandu terselamat, selepas kereta dipandunya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL, di MRR2.

18-11-2025
Berita Auto
Perkembangan Terkini, ECRL Fasa 1 Kelantan-Gombak Siap

Perkembangan Terkini, ECRL Fasa 1 Kelantan-Gombak Siap

Kerja-kerja sivil projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang jajaran dari Kelantan hingga ke Terminal Bersepadu Gombak sudah siap, baru-baru ini.

05-11-2025
Berita Auto
Geng Musang Rupanya Dalang Curi Kabel ECRL, Polis Kini Giat Buru 3 Lagi  Suspek

Geng Musang Rupanya Dalang Curi Kabel ECRL, Polis Kini Giat Buru 3 Lagi Suspek

Projek mega ECRL bernilai RM50 bilion berdepan risiko lewat siap gara-gara kecurian kabel akhirnya bakal menemui titik nokhtah memandangkan pihak polis kini giat memburu dalang utama Geng Musang bersama tiga lagi suspek.

18-09-2025
Berita Auto
Projek ECRL Siap Lewat Sebab Kecurian Kabel

Projek ECRL Siap Lewat Sebab Kecurian Kabel

China Communications Construction Sdn Bhd (CCCECRL) mengakui projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berisiko mengalami kelewatan susulan insiden kecurian kabel berterusan di sepanjang jajaran rel itu dari Temerloh ke Bentong, Pahang.

11-09-2025
Berita Auto
Sambung ECRL Kota Bahru - Pasir Mas Masih Dalam Kajian, - Menteri Besar Kelantan

Sambung ECRL Kota Bahru - Pasir Mas Masih Dalam Kajian, - Menteri Besar Kelantan

Nampaknya, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan Kementerian Pengangkutan masih mengkaji mengenai cadangan untuk menyambung Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Pasir Mas.

23-07-2025
Berita Auto
Kecurian Kabel ECRL: Kerajaan Sedang Pertimbang Langkah Sesuai Banteras Jenayah Terbabit

Kecurian Kabel ECRL: Kerajaan Sedang Pertimbang Langkah Sesuai Banteras Jenayah Terbabit

Kerajaan sedang meneliti langkah yang sesuai untuk menangani jenayah kecurian kabel ECRL.

17-07-2025
Berita Auto
Projek ECRL: Set Pertama Tren ECRL Bakal Tiba Tahun Ini, Baki 9 EMU Lagi Dihantar Tahun Depan

Projek ECRL: Set Pertama Tren ECRL Bakal Tiba Tahun Ini, Baki 9 EMU Lagi Dihantar Tahun Depan

Nampaknya, dua set pertama tren pelbagai gerabak (EMU) dan dua unit lokomotif elektrik (E-Loco) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dijangka tiba selewat-lewatnya hujung tahun ini.

16-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Berita Auto
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan  Akhir Tahun Nanti

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026