- Berita
- Berita Auto
- MOT Cadang Perkenal KTM Komuter di Johor, Sokong RTS Link

Projek Rapid Transit System Link atau RTS Link (Foto: MRT Corp)
Kementerian Pengangkutan (MOT) merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan komuter sebagai sokongan kepada Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) yang dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2027.
Menterinya, Anthony Loke, menyatakan bahawa stesen RTS Link di Bukit Chagar turut menjadi lokasi stesen Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik Gemas-Johor Bahru.
-full_normal.jpg)
Bukit Chagar bakal jadi hab sistem pengangkutan awam di Johor
Tambahnya, kawasan Bukit Chagar akan menjadi hab utama sistem pengangkutan awam di Johor setelah RTS Link beroperasi. Beliau juga mendedahkan cadangan untuk mengintegrasikan perkhidmatan komuter dengan RTS Link, membolehkan penduduk Senai, Kluang, dan Kulai menggunakan komuter hingga ke Bukit Chagar sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura.

Pembinaan RTS Link bersebelahan dengan checkpoint JB (Foto kiri: The Straits Times); gambaran platform stesen Bukit Chagar (Foto kanan: MRT Corp)
Loke turut menegaskan pentingnya menggunakan infrastruktur yang ada dengan lebih efisien, ujarnya, “Apabila landasan ETS antara Gemas dan Johor Bahru siap, kita tidak mahu ia hanya digunakan untuk satu perkhidmatan sahaja, alangkah baiknya jika digunakan untuk komuter sekali. Perkara ini sedang diteliti, kita akan kaji dengan mendalam untuk perkenalkan perkhidmatan ini di Johor Bahru.”
Kemajuan pembinaan infrastruktur rel RTS Link mencapai 70.45% sehingga 31 Mac lalu, dengan pelbagai kemudahan tambahan seperti parkir bertingkat sedang dibina untuk menampung penumpang RTS Link.

Sumber: BERNAMA
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv