Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Sumbang 500 Buku, Hulur Dana Zakat RM10,000 Baiki Surau

Suhana Veru

Kongsi melalui

Cheque-presentation-to-SMK-Proton-City.JPG

Sempena bulan Ramadan, pengeluar kereta nasional PROTON menghulurkan 500 buka menerusi Kempen Derma Buku di SMK Proton City, Tanjung Malim, Perak.

Sumbangan itu terdiri daripada pelbagai bahan bacaan pendidikan termasuk buku rujukan hingga kesusasteraan.

Selain buku, Proton turut  memperuntukkan dana Zakat sebanyak RM10,000 untuk menaik taraf kemudahan surau di sekolah terbabit.

Students-of-SMK-Proton-City-are-happy-with-new-reading-materials-donated-by-PROTON,-available-in-the-school-library..JPG

Sumbangan itu akan digunakan untuk kerja-kerja penambahbaikan surau, termasuk pemasangan bumbung dan mozek lantai untuk bahagian solat wanita selain menyediakan persekitaran yang kondusif untuk menunaikan solat dan aktiviti lain.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah berkata, dengan memberikan akses rangkaian buku, pihaknya yakin dapat memberi inspirasi kepada pelajar.

En-Roslan-Abdullah,-Deputy-CEO-of-PROTON-speaks-to-students-at-SMK-Proton-City.JPG

“Ini membolehkan perjalanan pendidikan mereka ke ara penemuan diri dan mengejar kerjaya masa depan mereka,” katanya.

Menerusi kerjasama dengan  SMK Proton City, PROTON berusaha untuk menyokong  para pendidik dalam misi mereka untuk mendidik generasi yang akan datang.

From-right,-Principle-Pn-Zalina-Ahmad-presents-a-token-to-En-Roslan-Abdullah.-Accompanied-by-En-Mohd-Khalid-Yusof,-Senior-Director-of-Investment-and-Promotion-PROTON.-.JPG

Tambah Roslan, PROTON akan terus menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

“Dengan melabur dalam pendidikan dan Kebajikan masyarakat, kami berhasrat untuk memperkasakan individu, memartabatkan masyarakat, dan membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang,” tambahnya.

Sementara itu, Pengetua SMK Proton City Zalina Ahmad turut merakamkan penghargaan terhadap sokongan PROTON.


Tag:

SMK Proton City
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026