- Berita
- Berita Auto
- Ramainya Penunggang Motosikal Maut

Percaya atau tidak, sebanyak 70 peratus kes kemalangan maut di Kelantan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Itu yang didedahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, baru-baru ini.
Peratusan itu dicatatkan bermula dari 1 hingga 26 April lalu

Saya melihat motosikal penyumbang terbesar apabila daripada 29 kes, 31 orang penunggang motosikal telah meninggal dunia.
“Kita telah mengadakan operasi setiap masa seperti Op Samseng untuk melihat kelakuan mereka di jalan raya yang boleh menyebabkan kemalangan.
“Kita mendapati ada penunggang motosikal buat aksi wheelie yang boleh membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain,” katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

