- Berita
- Berita Auto
- Ruang Van Super Long, Memang Tak Kedekut Ruang

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan pesanan untuk model van, Toyota Hiace Super Long Wheelbase (SLWB) Window Van sudah dibuka sejak semalam.
Van terbaharu ini menawarkan kecekapan, keselamatan dan pengalaman pemanduan yang lebih baik.
Apa yang cukup menarik ialah SLWB dikatakan akan menjadi penanda aras baharu untuk sebuah kenderaan utiliti dengan 10 tempat duduk.
-full.jpg)
Melihat kepada bilangan tempat duduknya, maka ia sudah membuktikan bahawa van ini menawarkan keluasan yang cukup memadai.
Apa tidaknya, SLWB ini hadir dengan saiz; 5,915mm (panjang), selebar 1,950mm manakala ketinggian pula 2,280mm dengan jarak roda pula sekitar 3,860mm.
Malah, jarak roda yang panjang iaitu berukuran 3,860mm membuatkan ruang dalaman cukup besar sekali gus memberi keselesaan kepada penumpangnya dan ruang kargo yang cukup luas.

Difahamkan, dimensinya ditingkatkan kerana kepanjangannya kini mencecah 1,220 mm, kelebarannya juga ditambah sebanyak 255 mm termasuk penambahan ketinggian iaitu 300mm.
Ini bermakna ia bukan sahaja menawarkan lebih banyak ruang dalaman tetapi juga meningkatkan kestabilan serta dinamik pemanduan.
Menyentuh mengenai prestasinya pula, SLWB menggunakan enjin turbo-diesel 2.8 liter berkuasa 1GD-FTV, yang menghasilkan kuasa setakat 177PS pada 3,400rpm dan tork 450Nm antara 1,600 hingga 2,400rpm.
Enjinnya itu dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan bersama Sequential Shift bagi memberikan pengendalian lebih baik.
Bagi kelengkapan lain pula, SLWB hadir dengan lampu di pintu gelangsar, Perakam Video Digital Hadapan, lampu DRL, lampu depan reflektor, tiga beg udara, RFID terbina dalam, lampu kabus, serta suspensi MacPherson di depan, dan leaf spring di belakang.
Bagi yang berminat, SLWB dijual pada harga RM169,000.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.toyota.com.my
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/