Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[VIRAL] Letak Bagasi Atas Bumbung MPV Guna Pita Pelekat Untuk Balik Kampung

Sofea Najmi

Kongsi melalui

bagasi-MPV-viral.png


Foto sebuah MPV dengan bagasi di atas bumbung kini tular di media sosial. 


Pejam celik, pejam celik, Hari Raya Aidilfitri bakal tiba, dan rakyat Malaysia sudah ramai pulang ke kampung halaman sejak Jumaat yang lalu.


Sepanjang musim pulang ke kampung ini bermacam kerenah pengguna jalan raya tular di media sosial, dan salah satu daripadanya agak mencuit hati.


Dua keping gambar yang kini viral menunjukkan sebuah kereta MPV, Mitsubishi Xpander, tampil ‘unik’ berbanding kenderaan lain kerana meletakkan beberapa buah bagasi di atas bumbungnya.


Pemilik kenderaan itu dilihat telah membalut bagasi-bagasi tersebut dengan rapi menggunakan pita pelekat bagi memastikan kesemua barang tersebut kekal kukuh di atas bumbung.


bagasi-MPV-viral-1.png


Bagasi yang dilekatkan 'kukuh' hanya menggunakan pita pelekat.


Meskipun begitu, ramai netizen telah memuji kreativiti pemilik kenderaan tersebut kerana berjaya mencari penyelesaian untuk membawa semua bagasi pulang ke kampung.


“Ini mesti kes nak bawa balik baju satu almari, kreatif bang oi,”  kata seorang netizen, Nikman.


Namun, terdapat juga netizen yang risaukan keselamatan pengguna jalan raya lain yang berada berdekatan. 


Salah seorangnya, Ayuni, meragui tahap kekuhan balutan pita pelekat tersebut, “Buatnya ‘selotep’ putus, mahu tergolek beg roda atas jalan. Kalau terkena kenderaan lain yang ikut belakang lagi bermasalah.”


“Harap selamat lah beg-beg atas bumbung itu. Risau terpelanting kena cermin kereta orang lain,” ujar Syahir.


Kepada pembaca CariCarz.com yang balik kampung untuk berhari raya, berhati-hatilah. di jalan raya dan jadilah pengguna jalan yang bertimbang rasa. 


Tag:

Mitsubishi Xpander
Bagasi Atas Bumbung
Hari Raya 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Berita Auto

Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang

MMM bersama Millennium Autohaus telah membuka pusat 3S terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

28-04-2025
Berita Auto

Nahas Terowong Menora: Polis Sedang Kesan Pemandu Langgar Ibu Hamil

Pemandu Mitsubishi Xpander diminta tampil untuk membantu siasatan.

04-04-2025
Kereta Baru

Varian Asas Mitsubishi Xpander 2025 Kini Dilengkapi Ciri Premium – Terhad 200 Unit, Dari RM104K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini telah melancarkan peningkatan kecil pada varian asas model Xpander. Hanya 200 unit disediakan, Xpander edisi terhad ini dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang sebelum ini ditawarkan sebagai pilihan tambahan.

10-01-2025
Berita Auto

KLIMS 2024: Mitsubishi Motors Tayang Aksesori Asli Untuk Triton, Xpander Facelift

MMM mempamerkan barisan aksesori tulen untuk dua model baharunya ,Triton generasi baharu dan Xpander.facelift di KLIMS 2024.

05-12-2024
Kereta Baru

Mitsubishi Xpander 2024 CKD, Ada 2 Varian: Harga Serendah RM100K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), melancarkan secara rasminya MPV terbaharunya, Mitsubishi Xpander 2024 di pasaran tempatan, sebentar tadi.

19-09-2024
Berita Auto

MMM Serahkan Xpander Yang Ke-40,000 Kepada Pemilik Bertuah

Pemilik bertuah unit pengeluaran Xpander yang ke 40,000 adalah seorang guru dari Kelantan.

27-08-2024
Berita Auto

Tahniah: Pengeluaran Xpander Sudah Mencapai 40,000 Unit

Xpander berjaya tawan hati orang Malaysia.

11-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026