Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Garaj Terbakar: 4 Kereta, 2 Motosikal Terbakar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara mahu menyelamatkan kereta Honda FD, seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta itu yang terbakar 70 peratus di Kampung Wakaf Lichong, Kelantan semalam.

Kejadian itu turut menyebabkan garaj yang menyimpan  kereta Perodua Kelisa, Viva serta motosikal jenis Honda CDi dan Ex-5 turut terbakar.

Pemilik rumah, Rosnani Yusof, 66, berkata, semasa kejadian dia bersama dua anak dan menantu serta tiga cucu sedang lena tidur sebelum terdengar bunyi seakan letupan mercun.

image.png

"Saya bangun dan membuka tingkap bilik melihat api sedang marak di kawasan garaj kereta,” katanya.

Bagaimanapun, dia dan anaknya  yang lain sempat menolak kereta jenis Mitsubhisi Expander dan ia berjaya diselamatkan walaupun turut terbakar 20 peratus.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, kebakaran melibatkan garaj kereta musnah 100%, dua buah kenderaan iaitu Perodua Kelisa dan Perodua Viva dengan peratusan 100% kemusnahan.

Sementara itu, kereta model Mitsubhisi Expander turut musnah 20 peratus manakala motosikal jenis CDi dan  Ex-5 turut musnah 100%.

Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Setakat ini, punca kejadian serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


Gallery

Tag:

Honda HD
PDRM MALAYSIA
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Perodua Viva
Mitsubishi Xpander
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.

02-01-2026
Berita Auto
Helikopter Terhempas: 2 Anggota Polis Kritikal

Helikopter Terhempas: 2 Anggota Polis Kritikal

Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

10-07-2025
Berita Auto
Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan

Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan

Pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akibat kerosakan jalan di Johor Bahru sebenarnya boleh membuat tuntutan pampasan kepada pihak berwajib.

26-05-2025
Berita Auto
Viral: Lori Gilis Penunggang Motosikal

Viral: Lori Gilis Penunggang Motosikal

Seorang penunggang motosikal digilis dari arah belakang oleh sebuah lori di Persiaran Rajawali – Jalan Angsa, Klang, semalam.

25-05-2025
Berita Auto
9 Anggota FRU Maut Angkara Stereng Lori Pasir Rosak

9 Anggota FRU Maut Angkara Stereng Lori Pasir Rosak

Kegagalan fungsi stereng sebuah lori pasir dipercayai menjadi punca kenderaan berat itu merempuh kenderaan trak FRU.

13-05-2025
Berita Auto
Lori Sampah Rempuh 3 Rumah, Mujur Tiada Yang Terkorban!

Lori Sampah Rempuh 3 Rumah, Mujur Tiada Yang Terkorban!

Pemandu lori dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tiga rumah terbabit.

18-12-2024
Berita Auto
Polis Pasir Mas Tawar Diskaun Saman Trafik, Bermula 25 Nov Ini

Polis Pasir Mas Tawar Diskaun Saman Trafik, Bermula 25 Nov Ini

Warga Kelantan jangan lepaskan peluang untuk membayar saman tertunggak,

19-11-2024
Berita Auto
Video Tular: Polis Siasat Kereta Pengiring VIP Langgar Kereta Awam

Video Tular: Polis Siasat Kereta Pengiring VIP Langgar Kereta Awam

Sebuah kereta Proton Saga kemek teruk gara-gara dirempuh kereta pengiring VIP.

18-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026