Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Geely Tayang Banyak Teknologi, Adakah Kereta Proton Akan Lebih Canggih?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, masa depan Proton dilihat semakin cerah memandangkan pengeluar kereta itu  bakal menawarkan model-model yang dilengkapi dengan teknologi canggih.

Andaian ini dilihat agak berasas memandangkan rakan kongsinya,  Zhejiang Geely Holding Group (Geely) mempamerkan pelbagai jenis teknologi pada Pameran Automobil Beijing 2024 baru-baru ini.

Antaranya ialah konsep SUV perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.

image.png

Dengan langkah global ke arah kenderaan tenaga baharu, Geely juga mempamerkan rangkaian kuasa elektrik dan hibrid, serta pengenalan seni bina termaju seperti Seni Bina Pengalaman Lestari (SEA) dan Seni Bina Modular Kompak (CMA) untuk model masa hadapan. 

Difahamkan, Galaxy Starship adalah berasaskan Seni Bina Elektrik Geely dan menyepadukan pelbagai teknologi rangkaian kuasa serta memperkayakan pengalaman pengguna dengan kecerdasan buatan.

.Ia disokong oleh FlymeAuto daripadaMeizu.

image.png

Di sebalik pameran itu, PROTON berkemungkinan besar sudah mempunyai strategi untuk menggabungkan ciri-ciri canggih dan meningkatkan prestasi modelnya pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, walaupun tiada model dipamerkan antara kerjasama Geely dengan PROTON, namun ia merupakan peluang penting untuk mempamerkan model dan teknologi yang mungkin disesuaikan pada masa hadapan.

image.png

"Rakyat Malaysia dijangkakan boleh mengalami lebih banyak platform global Geely dan seni bina tenaga baharu yang pintar digabungkan ke dalam model PROTON di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beberapa media  Malaysia terpilih  dibawa ke acara itu, dimana ia menandakan peluang besar bagi PROTON untuk memanfaatkan teknologi futuristik Geely yang menawarkan pandangan tentang teknologi masa depan yang mungkin diadaptasi.


Gallery

Tag:

beijing autoshow 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026