Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Meletup Semasa Isi Minyak, Punca Kejadian Bangkit Kemarahan Netizen...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Aeroback-meletup-1.jpeg


Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Seorang lelaki yang dipercayai ‘penyeludup minyak’ nyaris maut selepas kereta Proton Wira Aeroback miliknya meletup secara tiba-tiba semasa sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Repoh, Perlis, Jumaat lalu. 


Lelaki tersebut yang berusia dalam lingkungan 40-an cedera kereta terkena percikan serpihan cermin kenderaannya. 


Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata siasatan awal mendapati kejadian pada jam kira-kira 4 petang itu berlaku semasa lelaki tersebut sedang mengisi minyak. 


Aeroback-meletup-2.jpeg


"Bagaimanapun, secara tiba-tiba bahagian tangki meletup hingga mengakibatkan kenderaan terbabit terbakar," katanya.


Siasatan daripada pihak  forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis pula mendapati  cetusan api bermula dari bahagian tempat duduk hadapan penumpang kiri.


Tindak balas telefon bimbit dengan wap petrol yang berada dalam kenderaan mencetuskan percikan api awal. 


Kenderaan tersebut musnah hampir 50% dengan pemilik hanya mengalami keceraan ringan di bahagian tangan kerana serpihan cermin. 


Kejadian tersebut bagaimanapun menimbulkan tanda tanya, selepas gambar tersebar menunjukkan seperti terdapat sebuah kotak besar di dalam kenderaan tersebut. 



Perkongsian daripada  laman sosial X (Twitter) @FaktaBukanAuta pada Sabtu lalu telah membangkitkan pelbagai reaksi daripada orang ramai. Katanya: 


"Tahukah anda semalam (Jumaat) di Repoh, Perlis, sekitar pukul 4.10 petang, satu kereta meletup masa tengah isi minyak. Dari gambar lepas bomba padam kebakaran, kita boleh nampak dalam Iswara tu ada satu box (kotak) besar. Box tu sebenarnya tangki minyak. Puak ini orang utara panggil 'geng tarik minyak' (penyeludup minyak). Dia isi minyak subsidi kita dan dia bawa keluar jual di Thailand. Untung berlipat kali ganda. Tuhan bayar cash kat pengkhianat negara.”


Aeroback-meletup-4.jpeg


Salah seorang pembaca, @saiful_Ahmad, memaklumkan bahawa sebagai penduduk Perlis, dia sering melihat kenderaan diberikan pengubahsuaian sedemikian, "Ini Perlis, tiada yang mustahil. Penyeludupan minyak ini berlaku setiap hari dan apabila kerajaan nak wujudkan subsidi bersasar ia satu tindakan bijak sebenarnya."


Aeroback-meletup-7.jpegAeroback-meletup-5.jpeg


Pengguna laman tersebut yang lain, @zack_is_great menyokong @saiful_Ahmad dan berkata bahawa inilah punca kerajaan ingin melaksanakan subsidi bersasar, "Semua yang layak dapat subsidi akan dapat duit subsidi melalui cash transfer ke akaun bank. Selepas ini geng tarik minyak (curi subsidi) boleh pergi m****s.”


Sumber: Sinar Harian, X Fakta Bukan Auta


Tag:

Proton Wira Aeroback
Seludup Minyak
Kereta Meletup
Proton Meletup
Proton Wira
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pemandu Wira Ini Sedang Dicari, Kes Langgar Lari, Seorang Maut

Pemandu Proton Wira Aeroback ini sedang dikesan pihak polis.

05-09-2022
Berita Auto

Penduduk Sempadan ‘Kongsi’ MyKad, Penyeludupan RON95 Masih Berleluasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengesan ada kemungkinan segelintir penduduk di kawasan sempadan memberi MyKad mereka kepada penyeludup.

08-10-2025
Berita Auto

Hampir 500 Kereta Disita Di Kelantan Diubahsuai, Boleh Isi 200 Liter Minyak

Sebanyak 90% daripada 550 kenderaan yang disita dalam tiga tahun lalu telah diubahsuai pada bahagian tangki untuk penyeludupan bahan api.

01-07-2024
Berita Auto

Treler Rempuh Pondok Tol, 7 Individu Terselamat

Sebuah treler yang merempuh plaza tol Kota Kemuning, Shah Alam menyebabkan dua kereta kemek teruk.

11-12-2025
Berita Auto

Semakin Berani Remaja Sekarang, Ibu Bapa Diminta Jangan Benarkan Anak Memandu Tanpa Lesen

Tular satu klip video yang menunjukkan seorang pemandu Proton Wira menghimpit kereta peronda polis sehingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan senjata api jenis HK MP5 bagi tujuan keselamatan.

10-09-2025
Berita Auto

Gara-Gara Gagal Potong Treler Di Garisan Kembar, Pemandu Proton Wira Maut

Sebuah treler yang membawa muatan lebih 900 tong gas terbalik selepas bertembung dengan sebuah Proton Wira di Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson semalam.

25-06-2025
Berita Auto

Penjenayah Guna Wira Culik Remaja Perempuan, Akhirnya Ditembak Mati

Seorang penjenayah yang menggunakan Proton Wira untuk menculik seorang remaja akhirnya ditembak mati.

14-04-2025
Berita Auto

Kemalangan Maut Di Ledang, 2 Maut

Tiga orang maut manakala empat lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan SUV di Kilometer (km) 45, Jalan Muar-Segamat berhampiran Estate Gunung Ledang.

25-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026