Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

KL Sentral Akan Dibangunkan Semula Bermula Akhir Tahun Ini – Loke

Sofea Najmi

Kongsi melalui

redone-kl-sentral-(3).jpg


Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) akan dibangunkan semula bermula hujung tahun ini untuk menjadikannya lebih moden, canggih dan boleh dihubungkan dengan kawasan sekitar dengan lebih lancar. 


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, projek pembangunan semula KL Sentral akan dijalankan dengan kerjasama antara Kementerian Pengangkutan dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB). 


Loke-Prasarana-tree-(3).jpg


"Penambahbaikan ini akan membabitkan kerja menaik taraf, mereka bentuk semula, penggunaan semula dan usaha membina semula untuk mencapai tahap pembinaan yang lebih moden dan canggih," katanya. 


Projek ini telah menerima kelulusan Kabinet pada Ogos tahun lalu melalui inisiatif Perkongsian Awam-Swasta di mana MRCB akan menjadi pemaju utama dengan perbelanjaan melebihi RM1 bilion dan kerajaan pula tidak akan mengeluarkan sebarang kos. 


"Perbincangan dengan Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas), yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, sedang dijalankan," katanya.


Selain itu, Loke turut mendedahkan rancangannya yang komprehensif bagi kawasan KL Sentral iaitu untuk menghubungkan semua bangunan bagi menambah baik mobiliti dan akses awam.


"Rangkaian yang saling berkaitan ini akan membolehkan peralihan lancar antara titik berbeza dalam kawasan itu bagi memudahkan pergerakan orang ramai," katanya. 

Sumber: Bernama

Tag:

KL Sentral
Projek Pembangunan Semula
Projek Pembangunan Semula KL Sentral
Kementerian Pengangkutan
Pengangkutan Awam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

KL Sentral Dibangunkan Semula Tapi Masih Dalam Rundingan

Projek pembangunan semula Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) akan bermula pada tahun depan namun ia masih dalam perbincangan.

25-10-2024
Berita Auto
Berita Auto

LRT KL Sentral Kini “LRT KL Sentral- redONE” – Satu Strategi Pemasaran?

Prasarana dan redONE telah mengumumkan kerjasama yang membabitkan penjenamaan semula Stesen KL Sentral.

30-05-2023
Berita Auto

Kerajaan Cuba Perluaskan FLYSiswa Kepada Pelajar IPTS, Akui Sukar Kerana Perlu Peruntukan Tinggi

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mencari jalan dan mempertimbangkan untuk memperluaskan inisiatif FLYSiswa kepada pelajar yang memerlukan bantuan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

05-11-2025
Berita Auto

Syarat Tambahan Lesen Untuk Pemandu Warga Emas Perlu Kajian

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan apa-apa syarat tambahan.

28-11-2024
Berita Auto

LRT Pulau Pinang: Majlis Pecah Tanah Bermula Tahun Depan

Majlis pecah tanah untuk pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijangka diadakan pada awal tahun depan.

12-11-2024
Berita Auto

Data Dedah Makin Ramai Pilih Pengangkutan Awam – Kementerian Pengangkutan

Penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang mencatatkan peningkatan ketara.

26-08-2024
Berita Auto

Bermula 1 Januari 2025, Semua Motor Wajib Ada ABS, Apa Pula Nasib Motor Lama?

Semua motosikal baharu dengan enjin berkapasiti 150cc ke atas wajib dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) bermula 1 Januari 2025.

13-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto