Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LRT Pulau Pinang Tidak Sama Seperti Kelana Jaya, Lebih Fleksibel

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Penang-LRT-(3).jpg


Kerajaan Pulau Pinang dan Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) kini sedang meneliti sistem low to medium-capacity untuk Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.  Lembaga Perolehan Kementerian Pengangkutan pula akan membuat pemilihan jenis sistem LRT berdasarkan unjuran penumpang dan keperluan negeri. 


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, sistem LRT di Pulau Pinang tidak akan sama seperti di Laluan Kelana Jaya yang memiliki kapasiti sederhana hingga tinggi. Beliau menekankan keperluan akan sistem yang fleksibel atau scalable yang boleh diperluaskan pada masa hadapan. 


Penang-LRT-(1).jpg


Mengulas lebih lanjut mengenai sistem LRT tersebut, Zairil berkata, pemilihan mod pengangkutan akan disesuaikan dengan unjuran penumpang dan kos pembangunan serta pengoperasian yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan.


Dalam usaha untuk mengoptimumkan kos pembangunan, kerajaan juga mempertimbangkan pembinaan secara modular, dengan mengambil kira keperluan semasa dan akan datang. Reka bentuk terperinci juga diambil kira untuk memastikan penggunaan sumber elektrik yang efisien.


Penang-LRT-(2).jpg


Projek LRT itu dijangka akan mencapai kepanjangan sehingga 29 kilometer merangkumi 20 stesen, termasuk dua stesen pertukaran di Komtar dan Penang Sentral. 


Pelaksanaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) juga sedang berjalan, dengan tiga NADI beroperasi sementara 11 lagi dalam proses penyiapan, serta 10 lagi dijangka siap pada 31 Mei ini.

Sumber: BERNAMA

Tag:

Mutiara Line LRT
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang
Projek Transit Aliran Ringan (LRT)
Laluan Mutiara Pulau Pinang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Aliran Trafik Di Pulau Pinang Bakal Sesak, Sebaik Projek LRT Laluan Mutiara Dimulakan

Warga Pulau Pinang akan berhadapan dengan kesesakan trafik teruk di sepanjang jalan utama di Bayan Lepas bermula pertengahan Januari 2026.

03-10-2025
Berita Auto

Projek LRT Laluan Mutiara, Sudah Dapat Kelulusan

MRT Corp. mengesahkan pihaknya telah mendapat kelulusan awal bagi memulakan projek LRT Laluan Mutiara pada 15 April lalu.

21-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026