Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MAS 2024: GWM Tank 300: Anggaran Harga RM250K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

GWM  Tank 300 4x4 kini sudah boleh dibuka dimana harga SUV itu dianggarkan sekitar RM250,000.

Sebaliknya, penghantaran SUV itu dijangka akan bermula pada Julai nanti.

Unit yang diimport sepenuhnya dari China dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4 silinder yang mampu menghasilkan kuasa setakat 220 PS dan tork 380 Nm.

image.png

SUV 4x4 ini yang dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda (4WD) dwi-kelajuan, dikawal secara elektronik, membolehkan penukaran lancar antara mod pacuan dua roda (2WD) dan pacuan empat roda (4WD).

image.pngimage.png

Dengan badan berkekuatan ultra tinggi seberat 1500 MPa, ia boleh mengendalikan sudut tanjakan 23.1°, manakala kebolehgredan maksimum ialah 70%.

SUV ini mampu meredah air sedalam  700 mm.

Keupayaan Tank 300 ini membuatkanya ia menduduki   jenama SUV No. 1 di China selama 39 bulan berturut-turut.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia menawarkan kabin yang cukup selesa dan mewah memandangkan kerusinya dibaluti dengan kulit Nappa premium.


Selain itu, tempat duduknya boleh dilaraskan secara lapah arah dan turut dipasang dengan kaca akustik kalis bunyi.


 image.png

Tank 300 ini juga dilengkapi dengan Bantuan Pemanduan Tahap 2 (L2), termasuk Amaran Keluar Lorong (LDW), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Bantuan Lebuhraya (HWA) dan skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci yang turut menyokong sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Tidak ketinggalan, Tank 300 turut menampilkan ciri keselamatan seperti Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan pandangan 360 darjah.

Difahamkan, 300 tempahan awal  GWM TANK 300 akan menerima pakej istimewa daripada GWM.

image.png

Ini termasuk pakej servis percuma selama 5 tahun/100,000 km (termasuk alat ganti dan buruh, yang mana dahulu), jaminan trenkuasa untuk seumur hidup dengan perbatuan tanpa had namun hanya ditawarkan buat pemilik Tank 300  yang pertama.

Dalam perkembangan lain , GWM Haval H6 HEV yang dinanti-nantikan juga kini akan dibuka untuk tempahan, namun  pelancaran dijangka akan dibuat pada suku ketiga tahun ini.

Untuk keterangan lanjut, layari  KLIK.

Gallery

Tag:

GWM TANK300
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

GWM Perkenal GWM Tank 500 Diesel Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Malaysia Pula Terima Model Ini?

GWM Tank 500 kini hadir dengan varian diesel baharu di Thailand.

23-07-2025
Berita Auto

GWM M'sia Catat Pencapaian, Serah Unit Ke-500 GWM Tank 300

GWM Malaysia menyerahkan GWM TANK 300 yang ke-500 kepada pelanggannya, baru-baru ini.

28-02-2025
Berita Auto

Berita Baik! Anda Boleh Pandu Uji GWM Tank 300

Anda berpeluang meredah pelbagai laluan yang cukup mencabar.

17-07-2024
Kereta Baru

Harga Tank 300:RM250K, Ada Pakej Hebat Untuk 300 Pemilik Awal

GWM mengadakan sesi pandu uji ‘off-road’ GWM TANK 300 pada 20 dan 21 Julai 2024 di M4TREC, Semenyih.

12-07-2024
Berita Auto

Penghantaran Pertama Juga Akan Dibuat Pada Bulan Depan

Unit yang diimport sepenuhnya dari China dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4 silinder .

28-06-2024
Berita Auto

Jom Tengok GWM Tank 300 Di Mall

Siri ‘roadshow’ bagi memperkenalkan GWM Tank 300, sudah pun bermula.

22-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026