Link Copiedcheck_circle
EV

PRO-NET, ChargeSini Meterai MoU Untuk Perluas Rangkaian Pengecasan EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PRO-NET-x-ChargeSini-KV.jpeg



Proton New Energy Technology (PRO-NET) telah memperluas rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan memasuki memorandum persefahaman (MoU) perayauan (roaming) bersama  syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) ChargeSini. Melalui MoU ini, PRO-NET bakal menyenaraikan pengecas DC ChargeSini dalam aplikasi Hello smart. 


Aplikasi Hello smart yang diperkenalkan tahun lalu diwujudkan dengan tujuan untuk mengumpulkan pengendali titik pengecasan (CPO) utama seperti Gentari, ChargEV, JomCharge dan ChargeSini dalam satu aplikasi yang sama bagi memudahkan pengguna kenderaan smart. Aplikasi itu kini telah menyenaraikan hampir 75% titik pengecasan yang terdapat di seluruh negara. 



444925084_984220597044400_7598811608883246479_n.jpg



MoU ini, yang ditandatangani oleh CEO PRO-NET, Zhang Qiang dan pengasas serta CEO ChargeSini, James Goh di ibu pejabat PRO-NET, bertujuan untuk membolehkan smart memperluaskan tawaran produknya dengan memanfaatkan kekuatan CPO dalam memperluas rangkaian pengecasan di seluruh negara. 


Screenshot-2024-05-21-010351.jpg


Aplikasi Hello smart apabila dihubungkan kepada sistem infotainmen kenderaan, membolehkan pengguna merasai spektrum penuh pemilikan kenderaan smart yang menyatukan teknologi ke dalam rutin harian, sekaligus meningkatkan keselesaan pengguna. 


CA-smart-(8).jpgCA-smart-(9).jpg


Menggunakan aplikasi Hello smart, orang ramai bukan sahaja boleh mengakses Peta Pengecasan ChargeSini secara langsung tetapi juga sistem navigasi ke pelbagai stesen pengecasan lain. Integrasi ini juga membolehkan pengguna smart untuk  memulakan proses pengecasan dan membuat pembayaran secara terus melalui  aplikasi tanpa perlu memuat turun aplikasi lain. 


smart-App-KV-ENG.png


Berdasarkan butiran yang diperoleh, keseluruhan proses integrasi itu bakal disempurnakan pada suku ketiga tahun ini. Tepat pada masanya memandangkan smart #3 akan dilancarkan tidak lama lagi dan EV Proton yang pertama juga bakal dirasmikan pada tahun 2025. 

Tag:

smart malaysia
PRO NET
ChargeSini
Hello smart App
Pengecas EV smart
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
EV
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
Kereta Baru
smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru
Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka

21-10-2025
EV
MAS 2025:  smart #1 BRABUS Edisi Terhad Didedah, Hanya Ada 20 Unit

MAS 2025: smart #1 BRABUS Edisi Terhad Didedah, Hanya Ada 20 Unit

smart #1 Brabus Limited Edition yang didedahkan di MAS 2025, hanya ditawarkan 20 unit di seluruh negara.

10-05-2025
EV
MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.

08-05-2025
EV
2 Pusat Pengedar smart Kini Dibuka  Di Pahang & Sarawak

2 Pusat Pengedar smart Kini Dibuka Di Pahang & Sarawak

Pengedar kenderaan smart di Kuantan akan dikendalikan oleh HK Electra manakala Ghee Hua di Kuching.

14-02-2025

Berita Terkini

EV
Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha