Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Terowong SMART Bawah Tanah Di PJ Kini Dipertimbangkan Oleh MBPJ

Sofea Najmi

Kongsi melalui

SMART-Tunnel-PJ-(2).jpg


Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Lee Lih Shyan.


Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang mempertimbangkan pembinaan laluan bawah tanah yang di bawah Rancangan Kawasan Khas (RKK) untuk Seksyen 19, 51 dan 51A di Petaling Jaya, Selangor, berikutan pembatalan projek Laluan Penyuraian Petaling Jaya (Lebuhraya PJD Link).


Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Lee Lih Shyan, mengumumkan bahawa terowong sepanjang 1.98 km itu akan merentasi Seksyen 51, 51A, Lebuhraya Persekutuan 2 dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE).


Kos keseluruhan untuk pembinaan terowong tersebut dianggarkan sebanyak RM350 juta, menggunakan peruntukan pembangunan daripada akaun amanah bandar yang dikumpulkan oleh pemaju. Beliau juga menjelaskan bahawa Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) dibina dengan  tujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan banjir di bandar.


Bagaimanapun, cadangan pembinaan Terowong SMART ini masih diragui oleh beberapa penduduk, terutamanya berkaitan  keberkesanan terowong untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas dengan cadangan alternatif lain yang lebih murah seperti  laluan bertingkat (flyover) yang mungkin lebih baik.


"Kita perlu tahu di mana terowong akan bermula dan berakhir. Memandangkan terowong ini bertujuan untuk mengurangkan banjir, kita juga perlu memahami di mana air akan dialirkan," kata seorang pesara jurutera awam, David Yoong.


Beliau menambah, "Berdasarkan maklumat yang kita terima, terowong ini tidak akan menyelesaikan masalah banjir atau lalu lintas."


SMART-Tunnel-PJ-(5).jpg


Terowong SMART sedia ada di KL secara keseluruhannya berkepanjangan 9.7 km, namun hanya 3.3 km digunakan sebagai laluan kenderaan. 


Sementara itu, seorang penduduk yang telah lama menetap di Seksyen 51, Jermain Ryan, menyuarakan kebimbangan mengenai pengambilan tanah untuk memajukan projek pembinaan terowong. 


SMART-Tunnel-PJ-(1).jpeg


"Barisan rumah saya tidak mempunyai lorong pejalan kaki dan mudah terkena banjir. Kami juga terletak di bawah laluan LRT." 


Beliau tidak yakin pembinaan terowong berdekatan dengan rumahnya adalah tindakan yang terbaik.


Lee juga telah menjemput penduduk yang terjejas di kawasan tersebut untuk menyertai sesi pertemuan dengan Jabatan Kejuruteraan MBPJ. Selain itu, pihak berkepentingan boleh mengemukakan soalan atau bantahan terhadap RKK bermula hari ini melalui borang yang boleh dimuat turun dari laman web MBPJ.

Sumber: The Star

Tag:

Terowong SMART
SMART Tunnel
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Lebuhraya PJD Link
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Lalu Terowong SMART Tanpa Had Dengan Pas Hanya RM68 Sempena Merdeka

Lalu Terowong SMART Tanpa Had Dengan Pas Hanya RM68 Sempena Merdeka

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68, orang ramai boleh malalui terowong SMART tanpa had dengan Merdeka Unlimited Travel Pass (MUTP) yang ditawarkan pada harga hanya RM68.

13-08-2025
Berita Auto
Persatuan Penduduk Gesa Kerajaan Selangor Batal Kutipan Parkir Oleh Syarikat Swasta

Persatuan Penduduk Gesa Kerajaan Selangor Batal Kutipan Parkir Oleh Syarikat Swasta

Pertubuhan PJ Sejahtera dan Persatuan Petaling Jaya Lestari, menyeru kerajaan Selangor supaya membatalkan konsesi yang diberikan kepada sebuah syarikat swasta.

14-07-2025
EV
MBPJ Mahu Pasang 1,000 Pengecas EV Di Lokasi Strategik, Kawasan Parkir

MBPJ Mahu Pasang 1,000 Pengecas EV Di Lokasi Strategik, Kawasan Parkir

MBPJ menyasarkan untuk memasang 1,000 pengecas kenderaan elektrik (EV) di lokasi strategik dan parkir awam seluruh bandaraya itu secara berperingkat.

01-07-2025
Berita Auto
Jalan Tutup Untuk Kerja Pembinaan Jalan Harapan

Jalan Tutup Untuk Kerja Pembinaan Jalan Harapan

Info penutupan laluan sementara.

08-11-2023
Berita Auto
Penutupan Jalan Di Sekitar PJ Sempena PJ Half Marathon & Festival Folklore

Penutupan Jalan Di Sekitar PJ Sempena PJ Half Marathon & Festival Folklore

Notis penutupan jalan di sekitar Petaling Jaya. Rancang perjalanan anda.

22-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto
Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto
PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto
Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto
Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto
LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto
Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026