Link Copiedcheck_circle
EV

VW Transporter T7 Generasi Akan Datang Bakal Tiba Dalam Versi EV & PHEV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

VW-Transporter-T7-Teaser-1.jpg


Volkswagen nampaknya semakin serius untuk menuju ke arah elektrifikasi kerana syarikat automotif itu kini mula memperkembangkan barisan model elektriknya. Syarikat itu baru-baru ini mengeluarkan video acah Volkswagen Transporter T7, van tersebut dilaporkan akan diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2025 dalam versi trenkuasa bateri elektrik (BEV), hibrid plug-in (PHEV) dan versi standard, enjin pembakaran dalaman (ICE). 


Dibangunkan berdasarkan van Ford Transit Custom generasi semasa, Transporter T7 akan menggantikan Transporter T6.1 sedia ada, menyempurnakan lagi barisan kenderaan dalam "keluarga Bulli” yang kini terdiri daripada van penumpang, Multivan dan juga MPV elektrik, ID.Buzz


Untuk model terbaru ini, VW menggunakan platform MQB Evo. Manakala aspek rekaan dan trenkuasa pula dibangunkan dengan bantuan daripada Ford. 


VW-Transporter-T7-Teaser-5.jpgVW-Transporter-T7-Teaser-6.jpg


Penggunaan plaftorm MQB Evo menjadikan Transporter T7 berkongsi banyak persamaan dengan model kembarnya, Ford. Namun untuk menjadikan Transporter T7 lebih unik, VW telah memberikan reka bentuk istimewa pada sudut hadapan T7, dengan menggabungkan elemen rekaan daripada Multivan dan ID.Buzz. 


Bergantung pada varian, Transporter T7 juga menggunakan rim berukuran antara 16 ke 19 inci, dengan pilihan rim paling menarik, Indianapolis, menampilkan reka bentuk enam jejari potongan berlian di bahagian tepi dengan kemasan berwarna hitam. 


VW-Transporter-T7-Teaser-3.jpgVW-Transporter-T7-Teaser-4.jpg


Di bahagian belakang, Transporter baharu diberikan lampu belakang LED yang berbeza, menampilkan grafik LED halus yang sama seperti kebanyakan model baharu VW. Bukaan pintu but pula diberikan pilihan sama ada satu pintu atau dua pintu yang lebih sesuai untuk tujuan komersial.


Dari segi dimensi, Transporter T7 yang baru akan berukuran sama dengan Ford Transit Custom, dengan panjang antara 5,050 mm hingga 5,450 mm, dengan jarak roda antara 3,100 mm hingga 3,500 mm, bergantung pada varian.


VW-Transporter-T7-Teaser-2.jpg


Transporter itu nanti bakal ditawarkan dalam beberapa versi berbeza iaitu versi asas, komersial dan juga versi tertinggi yang paling lengkap. 


Seperti yang dinyatakan di awal artikel, Transporter ini bakal tiba dalam bukan sahaja versi ICE (petrol dan diesel) tetapi juga BEV dan PHEV. Walaupun VW belum mendedahkan spesifikasi terperinci untuk setiap susunan enjin kuasa ini, output kuasa model ini dijangka  bermula daripada 108 hp hingga 282 hp,  dengan output tertinggi berkemungkinan besar untuk versi BEV. 


Baca: Volkswagen Golf R CKD Kini Rasmi Dipasarkan Di Malaysia – Capai 320 HP, Dari RM332,990


Sebelum kemunculan pertamanya yang dijangka dalam suku pertama 2025, pra-jualan untuk Volkswagen Transporter T7 telah pun dibuka untuk pasaran Eropah dengan harga bermula daripada  €36,780 (~RM187,102). Pengeluaran Transporter baharu akan dibuat di kilang Ford Otosan di Turkiye, bersama-sama dengan van Ford Transit dan Tourneo Custom.



Tag:

Volkswagen Transporter T7
Volkswagen Elektrik
Volkswagen Multivan
VW ID.Buzz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
VW Kombi akan Dilengkapi Teknologi Pandu-Kendiri

VW Kombi akan Dilengkapi Teknologi Pandu-Kendiri

Volkswagen ID.Buzz atau lebih dikenali sebagai VW Kombi bakal diperbaharui dan ditambah baik dengan teknologi canggih.

16-03-2021

Berita Terkini

EV
Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha