Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

ECRL Kelantan Siap Hampir 80 Peratus, Mula Operasi 2027

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ECRL-79.81-4.png


Projek ECRL telah mencapai kemajuan 79.81%.


Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan yang berkepanjangan 43 km kini telah mencapai kemajuan 79.81%  setakat Mei lepas. 


Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link, Datuk Seri Darwis Abdul Razak, menyatakan bahawa projek ini dijadualkan siap pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi pada bulan Januari 2027.


Dua Stesen ECRL di Kelantan


ECRL-79.813.png


Kelantan akan mempunyai dua stesen ECRL iaitu Stesen Kota Bharu di Bandar Baru Tunjong untuk penumpang dan Stesen Pasir Puteh di Kampung Cherang Tuli untuk penumpang serta kargo. 


ECRL-INFOKIT-2.png


“Stesen ECRL Kota Bharu yang sedang dibina untuk kegunaan penumpang akan melibatkan platform bertingkat dan bakal dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat letak kereta, lokasi pick-up dan drop-off, laluan pejalan kaki berbumbung, kuarters pekerja dan kawasan landskap,” katanya.


Reka Bentuk Unik


ECRL-79.812.png


Stesen Kota Bharu akan menampilkan reka bentuk berkonsepkan 'Rumah Meleh Melayu' dan 'Bunga Ketam Guri', menggambarkan ciri unik kebudayaan negeri Kelantan. 


Perjalanan Lebih Singkat


ECRL-INFOKIT-1.png


Peta Laluan Rel Pantai Timur yang dikongsikan di laman web rasmi MRL.


Projek ECRL yang  berkepanjangan 665 km ini melibatkan kos RM50.27 bilion dan akan menghubungkan Kota Bharu dengan Terminal Bersepadu Gombak dalam masa empat jam, berbanding tujuh jam melalui jalan raya atau lebih 12 jam semasa musim perayaan.

Sumber: Bernama

Tag:

ECRL
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
ECRL Kelantan
Kemajuan ECRL
ECRL Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

14-10-2025
Berita Auto

23-09-2025
Berita Auto

24-06-2025
Berita Auto

25-03-2024
Berita Auto

11-12-2023
Berita Auto

26-06-2023
Berita Auto

12-04-2023
Berita Auto

05-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026