- Berita
- Berita Auto
- Gara-Gara Tak Perasan Kawasan Lencongan, Seorang Lelaki Maut
Gara-Gara Tak Perasan Kawasan Lencongan, Seorang Lelaki Maut
Gara-gara lubang benam, nyawa seorang pemandu lori melayang apabila lori yang dipandunya terperosok ke dalam lubang terbabit.
Kejadian menyayat hati itu berlaku di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan semalam.
Bagaimanapun, laluan di jalan yang mendap berkenaan sudah pun ditutup dan dilencongkan melalui jambatan bailey bagi proses pembaikan jalan.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa telah hilang kawalan dan terlanggar penghadang plastik sebelum termasuk ke dalam lubang jalan yang mendap.
“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kerana tidak perasan kawasan lencongan jambatan sementara,” katanya.
Gallery

Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari