- Berita
- EV
- Gentari Kini Tawar Sistem 'Autocharge' Di 16 Stesen, Tak Perlu Guna Aplikasi
Gentari Kini Tawar Sistem 'Autocharge' Di 16 Stesen, Tak Perlu Guna Aplikasi
-full_normal.webp)
Walaupun populariti kenderaan elektrik (EV) semakin meningkat di Malaysia, masih ramai yang tidak pernah dengar tentang sistem pengecasan 'autocharge.'
Apa sebenarnya maksud sistem autocharge yang kini sudah mula ditawarkan oleh salah sebuah syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) di Malaysia, Gentari? Ini penjelasannya…
Apa Itu Autocharge?

Teknologi autocharge memudahkan proses pengecasan kerana pengguna boleh terus memulakan sesi pengecasan selepas menyambungkan nozel pengecas pada kenderaan. Tiada aplikasi diperlukan.

Beberapa syarikat telah menggunakan teknologi ini misalnya Tesla untuk rangkaian pengecasannya dan Chery melalui kerjasama dengan JomCharge untuk memudahkan pengecasan Omoda E5.
Autocharge Gentari
Kini, mengikuti jejak langkah kedua-dua syarikat automotif tersebut ialah Gentari, walaupun bukan yang pertama di Malaysia, tetapi ini menjadikannya CPO pertama di negara ini yang menawarkan fungsi autocharge kepada orang awam, tanpa kerjasama dengan mana-mana jenama kereta.
Buat masa ini, hanya 16 stesen DCFC hadir dengan teknologi autocharge sebelum dikembangkan secara berperingkat ke stesen pengecasan lain di seluruh negara.
Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Sistem Autocharge Gentari?
Ciri autocharge Gentari ini ditawarkan eksklusif kepada pelanggan Power Pass. Dengan Power Pass, pelanggan dapat menikmati diskaun sebanyak 50% untuk pengecasan di KESEMUA 400 stesen Gentari di seluruh negara (tidak terhad kepada stesen autocharge), kecuali stesen rakan perayauan (roaming).
Bagi menggunakan fungsi autocharge, anda perlu membuat pendaftaran Power Pass Gentari dengan mengunjungi mana-mana daripada 16 stesen Gentari yang memiliki sistem autocharge seperti Petronas Hentian Sebelah Juru (Arah Utara) di Penang, Petronas Hentian Sg. Buloh di Selangor dan XPark Sunway Serene di Petaling Jaya.
Untuk autocharge kali pertama, pengguna perlu membuka aplikasi Gentari yang akan menunjukkan paparan pendaftaran Autocharge "Enroll Autocharge." Ikuti langkah yang dinyatakan.

-full.webp)
Sebaik selesai, sesi pengecasan pada masa akan datang tidak lagi menggunakan aplikasi, anda hanya perlu tarik nozel pengecas dan sambungkan pada kenderaan untuk pengecasan secara serta-merta. Bagaimanapun, pengguna perlu mendapatkan kepastian sekiranya sistem ini disokong oleh model EV yang digunakan.
Bagaimana EV Anda Dapat Dikenalpasti Semasa Autocharge?

Kenderaan anda akan dikenalpasti dan dicaj berdasarkan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) yang telah dimasukkan semasa proses pendaftaran. EV yang berbeza oleh satu pemilik yang sama memerlukan pendaftaran Power Pass yang berasingan.
Berapakah Bayaran Power Pass Gentari?
Power Pass Gentari boleh dilanggan dengan bayaran sebanyak RM899, memberikan akses kepada sistem pengecasan Gentari di seluruh negara dengan diskaun bernilai hingga RM2,400 selama setahun.
Sumber foto: Facebook, Gentari & Fail Imej CariCarz
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv